Buletin

RAHSIA MODIFIKASI YAMAHA MX-KING 150 (Y15ZR) PASUKAN MALAYSIA YANG MENCIPTA KEJUARAAN DI INDONESIA

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Kejayaan pelumba kelahiran Malaysia, Helmi Azman mencipta kejayaan dalam perlumbaan kelas Underbone 150 cc Asia Road racing Championship (ARRC) 2017 di litar Sentul, Bogor memang membuatkan pasukan Indonesia tidak senang duduk. Bukan sekali malah anak muda ini telah dua kali menaiki podium hasil kejayaan dengan menggunakan Yamaha Y15ZR yang ditala dengan baik.

Malah pihak motorplus-online telah mengorek rahsia kelajuan motosikal tersebut dan dikongsikan di laman sesawang mereka. Apakah rahsia Y15ZR pelumba Malaysia itu?

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop
  1. Nisbah Mampatan

Motosikal Y15ZR itu telah menggunakan piston UMA yang berdiameter 57 mm dan setinggi 2 mm. Penggunaannya telah meningkatkan nisbah mampatan kepada 13.2:1 yang kemudiannya diimbangi dengan penggunaan petrol Shell V-Power.

BACA: ARRC SENTUL: PELUMBA MALAYSIA KECEWA DI INDONESIA (NI TREK KE BENDANG?)

  1. Kepala selinder

Peraturan kelas ini menetapkan penggunaan injap sehingga diameter maksima 22/19 mm. Ia telah ditala agar membuat bukaan pada 31 darjah sebelum TDC (top dead centre) dan ditutup pada 62 darjah selepas BDC (bottom dead centre). Berbeza dengan saingannya dengan angka 30 darjah untuk TDC dan 60 darjah untuk BDC. Demikian menurut mekanik pasukan ONEXOX TKRR Racing.

  1. Radiator YZF-R25

Untuk menjaga suhu jentera, radiator asal Y15ZR telah dikeluarkan dan digantikan dengan radiator standard Yamaha YZF-R25. Ia digunakan kerana dimensinya yang lebih besar sekaligus mempercepatkan proses penyejukan.

Pemasangannya juga cukup mudah kerana hanya perlu mengubahsuai bahagian braketnya sahaja.

  1. Throttle body dan injektor

Untuk mendapatkan aliran udara yang lebih banyak, throttle body keluaran SWR Malaysia telah digunakan. Ia lebih besar dengan diameter 32 mm. Ia kemudiannya digabungkan injektor dari UMA yang mempunyai 12 lubang dengan kelajuan aliran 240cc/minit. Untuk memastikan aliran udaranya lebih terarah, velocity stack sepanjang 7 cm telah digunakan.

  1. Kotak gear close ratio

Untuk memastikan tukaran gear boleh dilakukan dengan pantas, jentera perlumbaan ini menggunakan kotak gear close ratio enam kelajuan keluaran Moto 1.

  1. Sistem nyalaan

Jentera lumba ini menggunakan ECU aRacer dan nisbah air-fuel-rationya ditetapkan pada 11.8:1 pada setiap pusingan enjinnya. Malah berat rotornya yang hanya 450 gram menjadikannya cukup ringan dan membantu dalam membuat pecutan yang pantas.

Kredit Motorplus-online.com

 

Tags
Google ads
Back to top button