
MENANGI BAUCAR PELANCONGAN RM5,000 DAN MAKAN MALAM BERSAMA ALIF SATAR DENGAN PERADUAN BHPETROL MONTHLY TRAVEL BONANZA!
Teringin untuk pergi melancong tetapi bajet kurang? Jangan bimbang kerana anda berpeluang untuk merealisasikan impian tersebut.
BHPetrol kini kembali menganjurkan peraduan cukup mengujakan iaitu Monthly Travel Bonanza yang
bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Peraduan itu membolehkan ahli yang sudah mendaftar di aplikasi BHPetrol eCard untuk memenangi banyak hadiah menarik setiap bulan dengan hanya perlu mengisi minyak minimum RM30 sahaja.
Sebanyak 12 pemenang hadiah utama akan menerima baucar melancong bernilai RM5,000 sehelai apron daripada BHPetrolgas, sehelai kemeja-t daripada BHPetrolubes dan makan malam bersama selebriti terkenal Alif Satar.

12 pemenang tempat kedua pula akan dihadiahkan dengan baucar pelancongan sebanyak RM1,500 sehelai apron daripada BHPetrolgas dan sehelai kemeja-t daripada BHPetrolubes.

Sementara 24 orang pemenang hadiah saguhati pula bakal menerima 10,000 ePoints, sehelai apron daripada BHPetrolgas dan sehelai kemeja-t daripada BHPetrolubes.
Belum jadi ahli BHPetrol eCard lagi? Muat turun segera secara percuma di App Store dan Google Play sekarang. Selamat mencuba!
- BACA: BHPETROL RAIKAN PEMENANG PERADUAN RIANG RIA HARI RAYA, TERIMA HADIAH WANG TUNAI RM220,000
- BACA: MENANGI CBR250RR, CBR150R DAN ADV160 DENGAN PERADUAN ‘BUY HONDA WIN KAW KAW!”
- BACA: BHPETROL RAI PEMENANG PERADUAN FUEL-ING ONG. PEMENANG BAWA PULANG JONGKONG EMAS 999.9
- BACA: MENANGI RM5,000 DENGAN PERADUAN PIMP MY SPORT RIM CHALLENGE CSA2







