
RAKYAT MALAYSIA JADI RIDER FOOD PANDA DI SINGAPURA – RAIH PENDAPATAN RM2.8K DALAM MASA DUA HARI
Seorang lelaki warga Malaysia, Billy Cane berkongsi di laman Facebook mengenai pekerjaannya sebagai penghantar makanan di Singapura yang mampu memperoleh pendapatan sehingga RM2,800 dalam tempoh dua hari.
Melalui hantaran tersebut, Billy mahu mengubah pola fikir orang ramai mengenai pekerjaannya itu. Melihat pada reaksi terhadap catatannya, ramai warganet yang iri hati, mungkin juga rakyat Malaysia, mula mempersoalkan pilihan kerjaya mereka.
Malah, terdapat satu atau dua komen, menganggap Billy bermegah kerana mempamerkan pendapatannya secara terbuka.

Billy menulis bahawa dia mahu telus dengan pendapatannya selepas ramai rakannya ingin mengetahui berapa pendapatan sebagai seorang penghantar makanan.
Dia juga menulis pendapat peribadinya tentang menjadi penghantar makanan, mendakwa bahawa ia adalah kerja yang jujur di mana dia tidak perlu menipu atau mencuri untuk mencari rezeki, selagi dia bekerja keras.
Pada mulanya, dia melakukan penghantaran dengan basikal sebelum layak untuk memandu kereta di Singapura. Terdapat dua kriteria untuk membuat penghantaran menggunakan kereta, iaitu individu tersebut perlu memandu kereta berdaftar Singapura dan sama ada warganegara Singapura atau pemastautin tetap.
Mereka yang tidak mempunyai kereta berdaftar Singapura masih boleh melakukan penghantaran makanan sama ada dengan basikal atau berjalan kaki, tetapi pendapatan tidaklah begitu lumayan, menurut pengalamannya.
Dengan menggunakan kereta, Billy memperoleh RM2,800 dalam tempoh dua hari iaitu pada 10 Disember dan 11 Disember. Secara purata, dia memperoleh RM1,412 sehari.
Billy memperincikan lagi pendapatannya dengan menjelaskan bahawa dia menerima RM1,895 untuk 70 pesanan yang disiapkannya pada hujung minggu itu serta tambahan RM385 dalam insentif untuk menyiapkan 60 pesanan, RM55 daripada dua tips, dan bayaran istimewa “we miss you” RM490 daripada Foodpanda.
Beliau juga menjelaskan bayaran khas RM490 tidak tersedia sepanjang masa. Namun, pada Disember dan September 2022 menunjukkan dia telah menerima bayaran istimewa “we miss you” ini lebih daripada sekali.
Selain kos petrol, dia juga menanggung RM6 untuk tempat letak kereta serta menggunakan sejumlah 50 liter petrol, termasuk dua perjalanan ulang alik antara Johor Bahru – Singapura pada hujung minggu 11 dan 12 Disember.
Billy turut mengingatkan tiada pekerjaan yang mudah. Melalui pengalamannya, adalah menjadi kebiasaan hanya sempat untuk makan di dalam kereta sambil menghantar makanan kepada pelanggan, selain faktor cuaca dan kerenah pelanggan.
Ini hanyalah beberapa cabaran perlu dihadapi oleh Billy dan menekankan individu yang berminat mesti dapat menanggung hal luar kawalan. – Mothership.sg
- BACA: TAUKE BENGKEL BASIKAL DI SINGAPURA BERI SEPARUH SAHAM SYARIKAT BERNILAI RM3.2 JUTA KEPADA PEKERJA SETIA
- BACA: BERHABIS LEBIH RM7K UNTUK WRAP KERETA, PELANGGAN DI SINGAPURA KECEWA HASIL KERJA MACAM BUDAK TADIKA
- BACA: KOS SARA HIDUP SEMAKIN TINGGI, KOS PERMIT MOTOSIKAL DI SINGAPURA CECAH RM37K!
- BACA: BISNES SENDU, ALFA ROMEO TUTUP SHOWROOM DI SINGAPURA BUAT SELAMA-LAMANYA