
UNIVERSE MOBILE OFFICE, PEJABAT BERGERAK MEWAH HYUNDAI. BAKAL DILANCARKAN DI KOREA SELATAN
Hyundai kini selangkah ke hadapan dengan pelancaran Universe Mobile Office yang akan dilancarkan secara eksklusif di Korea.
Universe Mobile Office akan ditawarkan dalam beberapa konfigurasi. Ini termasuklah varian 10, 12 , 13 tempat duduk (12+1) dengan ruang kolaborasi di hadapan, 13 tempat duduk (12+1) tersedia ruang pejabat lebih luas dan 13 tempat duduk (11+1+1) bersama konfigurasi tempat duduk berasingan.
Di bahagian dalam tersedia tiga ruang tempat duduk yang berbeza dengan pelbagai kemudahan mewah, termasuk bidai separa automatik dan lantai berlamina berwarna terang.

Universe Mobile Office juga sangat sesuai untuk kerja kolaboratif dengan ruang kolaborasi tersedia di bahagian hadapan dan belakang, selain terdapat ruang kerja peribadi di tengah.
Ruang kolaborasi menampilkan sistem persidangan video, meja persidangan boleh lipat, sofa dan storan yang dibina khas.
Ruang kerja peribadi pula menampilkan tempat duduk bersandar, meja, pad pengecasan telefon tanpa wayar, sistem hiburan individu dan kawasan storan peribadi.
Untuk output kuasa, adalah selamat untuk mengandaikan pilihan enjin yang sama seperti bas Universe standard, iaitu inline-six diesel bersesaran antara 9.9 liter dan 12.7 liter. Ia mampu menghambur kuasa 380hp dan tork 1,568Nm.
GALERI:




- BACA: HYUNDAI SANTA FE 2.2 CRDi EXECUTIVE SE, SUV 7 TEMPAT DUDUK YANG SELESA
- BACA: ADA KERETA HYUNDAI/KIA TAHUN 2011-2019? ANDA MUNGKIN BOLEH DAPAT ENJIN PERCUMA
- BACA: HYUNDAI BERADA DALAM LIGA TERSENDIRI. JAUH TINGGALKAN PENGELUAR JEPUN
- BACA: 200 UNIT HYUNDAI STARIA 10-SEATER TERJUAL DALAM BULAN PERTAMA DILANCARKAN