
BYD BAKAL LANCAR JENAMA EV BAHARU ‘PROFESSIONAL AND PERSONAL’ PADA 2023
BYD dilapor bakal melancarkan jenama kereta elektrik baharu “professional and personal” pada 2023, kata seorang eksekutif kanan ketika pembuat kereta itu mengembangkan rangkaiannya berikutan jualan yang kukuh.
Penolong Pengurus Besar Penjenamaan BYD, Brian Luo emberitahu jenama baharu itu akan menjadi tambahan kepada Yangwang, jenama premium yang bakal dilancarkan pada suku pertama 2023.
Setelah meninggalkan kenderaan petrol pada tahun ini, BYD memanfaatkan pelbagai insentif untuk kEV yang ditawarkan oleh kerajaan China.

BYD turut meluaskan rangkaian jenamanya dengan menjual kereta elektrik ke pasaran seperti Norway, New Zealand, Singapura, Brazil, Costa Rica dan Colombia.
Luo berkata BYD telah menjual kereta kepada 35 negara sejak ia mula mengeksport ke Norway Mei lalu.
Pembuat kereta yang turut mengeluarkan kereta hibrid plug-in merupakan jenama kereta paling laris di China dalam empat minggu pertama bulan November. Sekali gus mengatasi prestasi Volkswagen dalam saingan ke atas jenama lama dalam pasaran kereta terbesar di dunia.
- BACA: DEMI BYD ATTO 3, PEMBELI DI THAILAND SANGGUP BERATUR SEAWAL 8 MALAM. DAH MACAM BELI IPHONE
- BACA: BYD RAIH UNTUNG BERSIH RM3.7 BILION PADA Q3 2022. TESLA PUN KALAH
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL RM2.7 BILION SAHAM BYD DALAM TEMPOH DUA BULAN. KAUT UNTUNG 35 KALI GANDA!
- BACA: BYD KEMBANGKAN PENGARUH DI ASIA TENGGARA, MASUK PASARAN THAILAND