Buletin

OPERASI NYAH CEMAR DI SELURUH NEGARA DILAKSANA ISNIN INI

Kerajaan akan melaksanakan operasi nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin depan dalam usaha mengkang penularan wabak COVID-19.

Operasi berkenaan memberi tumpuan di kawasan awam sebelum diperluaskan ke tempat kediaman dan pejabat. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dipertanggungjawab melaksanakan tugas ini menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Proses nyah cemar di seluruh negara menerusi PBT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bermula 30 Mac ini yang akan menumpukan kawasan berisiko tinggi.

“KPKT jua akan buat operasi dari rumah ke rumah di kawasan PPR. Kita setuju proses dijalankan serentak seluruh negara.

“PBT di daerah mesti menjalankan proses nyah cemar di kawasan masing-masing. Keutamaan dimulakan di kawasan awam sebelum rumah ke rumah,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika ini dua kawasan di Kluang dan Simpang Renggam sedang melaksana operasi itu berikutan peningkatan kes COVID-19 sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana.

“Operasi nyah cemar sudah dilaksana sejak 23 Mac. Sehingga semalam sebanyak 11 operasi dilakukan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), membabitkan 11 pasar dan diteruskan di Masjid Seri Petaling,” katanya. – Berita Harian / kredit foto: FB DBKL

Google ads
Back to top button