Buletin

RANGE ROVER EVOQUE 2016

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini melancarkan versi 2016 Range Rover Evoque.

Rang-Rover-Evoque-facelift-2016-mekanika (6)

Sejak diperkenalkan pada 2011, lebih 400,000 unit Range Rover Evoque telah dikeluarkan. Sekali gus menjadi SUV kompak premium Land Rover yang paling laris. Sehingga November 2015, JLRM telah membawa masuk lebih 1,600 Evoque ke pasaran Malaysia.

Model 2016 melibatkan perubahan pada reka bentuk bampar dan gril depan baru, lampu utama Xenon dan lampu nyalaan siang (DRL) LED, spoiler belakang bersama lampu brek ketiga.

Rang-Rover-Evoque-facelift-2016-mekanika (4)

Ruang kabin kini dilengkapi sistem infotaimen yang terdiri daripada skrin sentuh bersaiz lapan inci dan antara muka InControl™ Touch.

Range Rover Evoque 2016 dipacu oleh enjin petrol Si4 2.0 liter. Berupaya menghasilkan kuasa sehingga 240PS dan tork 340Nm, ia dipadankan dengan kotak gear automatik ZF sembilan kelajuan.

Rang-Rover-Evoque-facelift-2016-mekanika (5)

Padanan itu membolehnnya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 217km/j.

Untuk memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, Range Rover Evoque 2016 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km serta bantuan kerosakan tepi jalan untuk tiga tahun.

Jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM430,000 seunit.

Rang-Rover-Evoque-facelift-2016-mekanika (2)

“Kami memperkenalkan spesifikasi SE dengan beberapa pilihan naik taraf bagi pasaran Malaysia. Penyesuaian boleh dibuat atas permintaan di mana-mana bilik pameran kami,” kata Pengarah Urusan JLRM, Syed Mudzhar Syed Ali.

Google ads
Back to top button