
ETCM LANCAR KEMPEN CNY DRIVE TO PROSPERITY
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) meraikan ketibaan tahun Monyet (Fire Monkey) menerusi kempen Tahun Baru Cina ‘Drive to Prosperity’.
Melalui kempen ini, ETCM akan menghadiahkan perkakasan elektrik dan rumah jenama SHARP bernilai lebih RM128,888 pada bulan Januari dan Februari 2016.
Pemenang hadiah utama akan membawa pulang perkakasan elektrik SHARP bernilai sehingga RM13,888. Sementara pemenang hadiah kedua dan ketiga pula bakal menerima perkakasan rumah SHARP bernilai RM10,888 dan RM8,888. Seramai 10 orang pemenang hadiah saguhati akan menerima hadiah sama bernilai RM3,888.
Bukan itu sahaja, para pelanggan yang menempah sebuah kenderaan Nissan akan menerima baucar SHARP bernilai RM200 untuk pembelian SHARP Cloud SmartHome System. Satu sistem keselamatan rumah inovatif yang membolehkan pemilik untuk memantau mengawal kediaman masing-masing menggunakan peranti pintar.
Keseronokan sambutan Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan Karnival Pandu Uji Nissan pada 16 dan 17 Januari 2016 di beberapa cawangan utama ETCM di seluruh negara.
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah ETCM adalah seperti berikut:
- Jadual Karnival Pandu Uji
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
16 – 17 Jan | Utara | ETCM Bayan Lepas |
Pantai Timur | ETCM Kuantan | |
Tengah | ETCM Glenmarie | |
Selatan | ETCM Johor Jaya | |
Sabah | ETCM Kota Kinabalu | |
Sarawak | ETCM Kuching |
- Jadual Siri Jelajah
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
1 – 3 Jan | Selatan | Batu Pahat Mall |
2 – 8 Jan | Pantai Timur | Mydin Kuala Terengganu |
6 – 10 Jan | Tengah | 1 Utama Shopping Center |
6 – 10 Jan | Utara | Village Mall Sungai Petani |
8 – 10 Jan | Sarawak | Permaisuri Imperial City Mall |
10 – 16 Jan | Pantai Timur | Tesco Kota Bharu |
13 – 17 Jan | Tengah | Mid Valley |
15 – 17 Jan | Sabah | Kompleks Karamunsing |
22 – 24 Jan | Sarawak | Viva City Megamall |
29 – 31 Jan | Selatan | Mydin Seremban 2 |
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.