Buletin

RANGE ROVER EVOQUE FACELIFT BAKAL DILANCARKAN JANUARI 2024 – TAMPIL DENGAN CIRI-CIRI LEBIH CANGGIH

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan Range Rover Evoque facelift pada Januari 2024.

Menurutnya, model facelift berkenaan mempunyai unsur reka bentuk baharu dan teknologi canggih sekaligus akan meningkatkan daya tarikan.

Wajah baharu Range Rover Evoque memperlihatkan komitmen JLRM yang tidak berbelah bahagi terhadap penambahbaikan serta merupakan hasil inovasi berterusan.

Dengan mengekalkan Range Rover Evoque DNA yang asli, model tersebut didatangkan bersama lampu depan piksel LED baharu dengan grafik depan dan belakang menonjol, ditambah pula lampu belakang merah menyala, bukan sahaja meningkatkan tahap keterlihatan, tetapi juga mengurangkan silau.

Perincian lain termasuklah dilengkapi sistem infotainmen Pivi Pro terkini, dengan skrin sentuh kaca melengkung 11.4 inci terapung baharu, memberikan tahap kawalan lebih tinggi.

Semua fungsi kenderaan kini boleh dicapai menerusi paparan baharu serba anggun termasuk kawalan bagi iklim dan kekuatan audio.

Konsol tengah baharu memberikan ruang simpanan secukupnya dengan Pengecas Peranti Tanpa Wayar disediakan di bawah skrin sentuh.

JLRM akan menganjurkan jerayawara di Bangsar Shopping Centre dari 3 hingga 7 Januari, 2024, untuk membolehkan pelanggan melihat sendiri kehebatan model-model terkininya.

Sebagai sebahagian daripada acara, pelanggan boleh menyaksikan prawara-wara eksklusif Range Rover Evoque berwajah baharu yang amat dinanti-nantikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.landrover.com.my

Google ads
Back to top button