Buletin

RANGER LONJAK JUALAN OKTOBER FORD

Ford baru-baru ini mengumumkan bahawa jualan runcit pada Oktober meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1,095 unit.

Ford-Ranger-facelift-2015-mekanika (3)

Ini merupakan bulan terbaik Ford selepas Mac lalu. Ia dipacu oleh permintaan yang memberangsangkan dari seluruh negara terhadap model Ranger baharu.

Trak pikap itu terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia dengan jualan pada Oktober melonjak 48 peratus kepada 956 unit. Jualan Ranger pada tahun ini sehingga kini naik 14 peratus kepada 7,770 unit. Terima kasih kepada permintaan kukuh ke atas semua rangkaian, daripada model XL sehinggalah varian tertinggi Wildtrak.

Ford-Ranger-facelift-2015-mekanika (2)

Pakej keselamatan Ranger juga terbaik menerusi rangkaian ciri keselamatan pasif dan aktif. Ini termasuklah enam beg udara, serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control.

Electronic Stability Control (ESC) Ford dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak juga hadir sebagai ciri standard. Sekali gus menjadikan Ranger sebagai satu-satunya trak pikap yang menawarkan dua ciri keselamatan penting ini pada semua varian di Malaysia. Semua varian Ranger di Malaysia juga memiliki ciri amaran tali pinggng keledar untuk pemandu dan penumpangnya.

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika (4)

Baru-baru ini. Ranger baharu diiktiraf oleh ASEAN NCAP dengan penarafan lima bintang. Ranger memperoleh skor keseluruhan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) 15.45/16 mata, paling tinggi berbanding mana-mana trak pikap di Malaysia.

Ford menjangkakan Ranger baharu yang dilancarkan pada 9 November lalu akan terus memacu jualan keseluruhannya sehingga akhir tahun ini.

Ford-Ranger-facelift-2015-mekanika (1)

Sepanjang bulan Oktober, hampir 1,000 orang pelanggan berpeluang untuk merasai sendiri semua kemampuan Ranger pada siri acara ‘Tough Done Smarter Experiential Test Drives’ yang diadakan di Lembah Klang.

Untuk senarai penuh lokasi siri jelajah, sila layari laman web: http://www.ford.com.my/ford-roadshows

Google ads
Back to top button