Buletin

RASMI: TOYOTA HIACE BAHARU AKHIRNYA DILANCARKAN!

Toyota Motor Corporation (Toyota) mengumumkan hari ini debut global model Hiace serba baharu di FIlipina.

Hiace baru dibina di atas platform yang diubahsuai khas yang bukan sahaja dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan, tetapi lasak dan menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian samada bagi pelanggan biasa atau untuk tujuan komersial.

Di pasaran negara membangun, terdapat keperluan yang meningkat untuk pengangkutan penumpang termasuk mini bas untuk pelancong, bas persendirian, dan kenderaan untuk tujuan logistik. Hiace baru telah dibangunkan untuk dapat memberi respons yang fleksibel kepada pelbagai keperluan ini.

Berikutan pelancaran di Filipina, model baru itu akan diperkenalkan secara beransur-ansur di negara-negara dan rantau lain. Model Hiace semasa akan terus dijual di Jepun seiring dengan persekitaran pasaran tempatan yang berlainan.

“Hiace telah dibangunkan menggunakan tema ” Hiace Pride” menerusi konsep penggunaan yang selamat. Pemilik, pemandu, dan penumpang tahu bahawa mereka berada dalam keadaan terbaik apabila mereka memiliki, memandu, dan menaiki Hiace, “kata Ketua Jurutera Takuo Ishikawa, yang bertanggungjawab untuk pembangunan model ini.

Sejak pelancaran Hiace generasi pertama pada tahun 1967, ia telah menjadi salah satu kenderaan global penting  Toyota, dengan lebih daripada 6.24 juta unit yang dijual di lebih 150 buah negara.

Hiace menunjukkan kehebatan melalui ketahanan yang tinggi dan telah digunakan sebagai van, bas mini, dan sebagai pengangkutan persendirian. Pada masa ini, sebahagian besar pasaran kenderaan ini adalah di Asia, Timur Tengah, Afrika, Oceania, Mexico, dan Amerika Latin.

Model kali ini didatangkan dengan tiga vairian iaitu GL Grandia Tourer, GL Grandia, dan Commuter Deluxe.

Terdapat dua inspirasi utama dalam rekabentuk dan kejuruteraan Hiace . Pertama, adalah untuk mencipta kenderaan yang meningkatkan produktiviti. Kedua adalah untuk menyediakan pengangkutan yang selamat, selesa, dan boleh dipercayai untuk mana-mana pasaran di dunia.

Hiace baharu telah dirombak besar-besaran dalam mencapai matlamat ini. Bahagian hadapannya kelihatan moden dan segar dengan rekabentuk bonet baru, di mana enjin tidak lagi dipasang di atas gandar roda hadapan.

Dengan menukar kedudukan enjin, kedua-dua pemandu dan penumpang mendapat ergonomik yang lebih baik, tanpa haba dan getaran yang berpunca di bawah kerusi mereka.

Ini juga menghasilkan kebolehpasaran yang lebih baik, kerana enjin menjadi lebih mudah untuk dicapai berbanding sebelumnya.

Dipasangkan dengan kerangka yang tegar, Hiace baharu ini menawarkan pemanduan yang lebih baik dan keseronokan memandu.

Untuk varian GL Grandia Tourer, lampu hadapan dilengkapi dengan lampu LED Daytime Running Light dan lampu kabus di bahagian bampar, manakala lampu kombinasi belakang direka dengan kehadiran rekaan tiga dimensi.

Ruang kabinnya yang luas dibina untuk penyimpanan kargo yang maksimum dan ciri-ciri tambahan meningkatkan pengalaman pemilikan kepada tahap yang belum pernah dilakukan sebelumnya. Enjin 1GD-FTV 2.8 L yang cekap memastikan kenderaan boleh melintasi mana-mana jalan dengan membawa apa jenis beban.

Hiace baharu ini dikuasakan oleh enjin 1GD-FTV 2.8 L dengan sistem turbocharger yang menghasilkan 176 kuasa kuda. Ia turut dilengkapi dengan Dual Masswheel (DMF) dengan menyerap getaran enjin.

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button