Buletin

ROLLS-ROYCE CULLINAN LAKU TERUK – TEMPAHAN PENUH SEHINGGA JULAI 2019

Di sebalik ketikdaktentuan iklim ekonomi dan politik akibat Brexit, pengeluar kenderaan ultra mewah Rolls-Royce nampaknya tidak terkesan. 

Lebih mengejutkan, ia dilihat terus mencatat permintaan yang cukup memberangsangkan di seluruh dunia. 

Malah, model SUV pertamanya Cullinan dilapor sangat laris. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce America, Martin Fritsches, tempahan untuk Cullinan sudahpun penuh sehingga Julai. Tempahan baru juga terus diterima daripada pelanggan kaya yang nyata tidak sabar untuk memiliki jentera tersebut. 

Apa yang menarik, pembeli Cullinan ialah orang yang baru dengan jenama Rolls-Royce dengan kebanyakannya adalah pelanggan wanita dan lebih muda.

Sementara pelanggan yang sudah memiliki kereta Rolls-Royce melihat Cullinan sebagai model tambahan ke dalam koleksi mereka. 

Pada tahun 2018, Rolls-Royce berjaya menjual 4,107 unit kenderaan di peringkat global, paling tinggi dalam sejarahnya setakat ini.   

Situasi itu menyebabkan kilang Rolls-Royce di Goodwood, England terpaksa beroperasi pada kapasiti penuh. 

“Kalau boleh saya mahukan lebih banyak bekalan. Tetapi malangnya saya tidak boleh memenuhi semua tempahan dalam masa terdekat.

Ini kerana walaupun kilang sudahpun meningkatkan kapasiti sepenuhnya, kami masih tidak dapat memenuhi permintaan tersebut,” kata Fritsches. 

Rolls-Royce dilapor telah menggaji 200 lagi pekerja baru di kilangnya tahun lalu, menjadikannya tenaga kerja di kilang tersebut kepada 2,00o orang. 

Kehadiran Cullinan dan beberapa model baharu membuatkan para pengedar Rolls-Royce di Amerika semakin bersemangat untuk menambah baik bilik pameran dan membuka kemudahan baharu dalam tempoh 12 hingga 18 bulan kebelakangan ini. 

Selain AS, Kanada dilihat sebagai satu pasaran yang kian meningkat. Cuacanya yang lebih sejuk dikatakan cukup sesuai untuk Cullinan.

Tahun lalu, Rolls-Royce menjual 100 unit kenderaan, Fritsches menjangkakan Cullinan dapat meningkatkan jumlah itu kepada 150 unit pada tahun ini. 

Tags
Google ads
Back to top button