
REBAT NAZA KIA RM12,000
Naza Kia Malaysia (Naza Kia), pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia menawarkan rebat sehingga RM12,000 menerusi kempen ‘Power Deals’.
Model Naza Kia yang terlibat dalam kempen berkenaan ialah Kia Picanto, Kia Rio, Kia Cerato, Kia Optima K5, Kia Sportage dan Kia Sorento.
Ditawarkan pada waktu terhad, pembeli baharu juga layak menerima servis percuma tiga tahun.
Penyelenggaraan percuma tiga tahun atau 60,000km itu merangkumi kos alat ganti dan pekerja. Bagaimanapun, pelanggan perlu mematuhi selang tempoh perkhidmatan yang disyorkan oleh Kia mengikut jadual yang ditetapkan.
Sementara itu, pemilik Kia sedia ada juga boleh mengambil bahagian dalam kempen ini melalui Program Trade-In. Pemilik boleh menaik taraf model Kia yang lama dengan baharu. Sekali gus layak mendapatkan rebat RM12,000 dan 3 tahun perkhidmatan penyelenggaraan percuma.
Selain itu, Naza Kia juga akan memberikan tambahan RM3,000 bagi model yang dijual semula.
Model lama yang layak ditukar beli ialah Picanto/Suria, semua varian Forte, Koup, Sephia, Spectra, Optima Novus, Sportage lama, Sorento XM/Sorento, Citra, Naza Ria dan Rondo.
Sempena kempen berkenaan, Naza kia turut menganjurkan Hari Pelanggan Kia bermula 6 hingga 8 November ini di pusat jualan Kia seluruh negara.