Pandu Uji

CLIO GT LINE

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan ketibaan Renault CLIO GT LINE di semua bilik pamerannya seluruh negara.

Renault-Clio-GT-Line-mekanika (6)

Harga jualan model tersebut ialah RM118,000 (termasuk GST, tanpa insurans). Renault CLIO GT LINE ditawarkan dalam empat warna menarik iaitu biru, hitam dan putih. Sementara mereka yang memilih warna merah perlu menambah RM5,000.

Penampilan CLIO GT LINE kelihatan lebih eksklusif. Model lima pintu itu didatangkan dengan profail seakan coupe.  Dengan pintu belakangnya diletakkan hampir dengan lampu belakang.

Renault-Clio-GT-Line-mekanika (5)

Rekaanya seakan Renault Sport. Ia diserlahkan melalui penggunaan gril hadapan yang lebih berani, rekaan GT pada bampar hadapan dan belakang, lip spoiler belakang yang tersendiri, lampu nyalaan siang LED lebar, lencana GT LINE pada bahagian belakang dan kemasan krom pada hujung ekzosnya.

Penampilan itu kemudian disempurnakan dengan rim aloi 17 inci.

New CLIO GT LINE_Renault Sport-badged door sill guards

Tugas menggerakkan jentera itu diserahkan pada enjin Turbo Control Efficiency atau TCe 120 Renault. Ia adalah satu rangkaian kuasa moden yang hadir dalam sesaran enjin empat silinder kecil dan pengecas turbo.

Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 120PS dan tork maksimum 190Nm. Menerusi padanan transmisi 6-kelajuan Efficient Dual Clutch (EDC), jentera mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 9.9 saat.

Renault-Clio-GT-Line-mekanika (3)

Dari aspek pengendalian, Renault membangunkan rekaan suspensi baharu untuk pemanduan yang tepat. Ciri itu juga mampu mengurangkan bunyi bising dan getaran.

Renault CLIO GT LINE juga lebih mencengkam untuk keyakinan menukar arah dan lebih responsif ketika  mengambil selekoh. Terima kasih kepada tapak roda lebih panjang, trek lebar, stereng yang tepat dan program pengurangan berat berbanding model sebelumnya.

Renault-Clio-GT-Line-mekanika (4)

Tema sporty diteruskan ke kabin dengan uplshoteri karbon berwarna hitam, papan pemuka berbentuk seperti sayap pesawat berwarna kelabu, sistem multimedia yang diposisikan di konsol tengah dan pelindung sil pintu Renault Sport.

Ruang menyimpan barang juga cukup banyak. Di belakang, ruang kargo seluas 300 liter boleh ditingkatkan menjadi 1,146 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Ia pasti cukup berguna untuk kegunaan harian dan sewaktu perjalanan jauh.

Renault-Clio-GT-Line-mekanika (12)

Untuk ketenangan minda pemilik, CLIO GT LINE dilengkapi empat beg udara  (beg udara hadapan, lateral kepala dan toraks), Electronic Stability Control, Roll Movement Intervention, ABS, Emergency Brake Assist dan Hill Start Assist didatangkan sebagai peralatan standard.

Selang servis Renault CLIO GT LINE baharu adalah 10,000km atau enam bulan. Mana-mana tiba dahulu. Ia juga hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button