Motosikal

DUCATI MALAYSIA LANCAR 5 MODEL BARU, PANIGALE RM99K

Next Bike Sdn Bhd, pemegang hak edaran jenama Ducati di Malaysia hari ini telah melancarkan 5 buah motosikal Ducati – Xdiavel, Hypermotard 939, Monster 1200r dan Panigale 959.

xdiavel

  1. XDIAVEL (RM135,999)

Cruiser terbaru dalam keluarga Diavel. Model ini masih menggunakan enjin Testatretta 1262 DVT dengan penalaan tork pada rpm rendah. Kuasa pada rpm 2,100 dan tork 10kg merupakan kunci utama model ini.

hypermotard 939

  1. HYPERMOTARD 939 (RM70,999)

Supermotard yang menempatkan Ducati sebagai pembuat motosikal unik sekali lagi. Juga dikenali dengan gelaran supermoto, Hypermotard (dan Hyperstrada) kini ditingkattaraf kepada 937cc dari enjin Testatretta 11 darjah.

monster 1200r

  1. MONSTER 1200R (RM139,999)

Monster 1200R 10 peratus lebih kuasa berbanding 1200S dengan 5.5 peratus lebih tork. Ini adalah street naked terbesar dalam keluarga Ducati. Kini dipasangkan dengan ABS dan Kawalan Traksi sebagai peralatan standard.

panigale 959

  1. PANIGALE 959 (RM99,999)

Ahli keluarga terbaru Panigale yang menggantikan varian Panigale 899. Kini didatangkan dengan pilihan Riding Mode, Quick Shift, Ducati Traction Control dan ABS 3 peringkat dari Bosch.

multistrada 1200 enduro

5. MULTISTRADA 1200 ENDURO (RM129,999)

Multistrada yang diperbaharui dengan rim depan 19 inci, pertama seumpanya dalam keluarga Ducati. Touring adventur ini juga telah mendapat tangki bahanapi lebih besar 30 liter dan suspensi separa aktif dari SACHS.

Google ads
Back to top button