
REKAAN ŠKODA KODIAQ GT DIDEDAHKAN
ŠKODA, pembuat kenderaan dari Jerman ini sememangnya amat memahami kehendak dan keperluan pasaran. Selain daripada terkenal dengan model hatchback Fabia, Skoda juga sejak akhir – akhir ini kelihatan agak agresif dalam menumpukan pasaran segmen SUV.
BACA : ŠKODA Kodiaq vRS, ADAKAH INI SUV ATAU KERETA SPORT?
BACA : SKODA KAMIQ – SUV KETIGA DALAM KELUARGA SKODA
Jikalau sebelum ini, ŠKODA telah menghasilkan tiga buah SUV, Kodiaq, Kamiq dan Karoq. Suka sangat depa dengan ‘q’ di akhiran jenama SUV si Skoda ini. Tak mengapalah, setidaknya ianya mampu menjadi identiti kepada Skoda dan lari daripada tipikal penggunaan huruf dan nombor bagi model kenderaan.
Kal ini, ŠKODA telah memaparkan lakaran rekaan ŠKODA Kodiaq GT, sebuah SUV Coupe bersaiz penuh yang dikhususkan untuk pasaran China sahaja. Dan Kodiaq GT ini sudah tentu akan menjadi model flagship buat ŠKODA di pasaran China.
Dan untuk menjadi sebuah coupe, ŠKODA Kodiaq GT ini mempunyai garisan bumbung yang di’potong’ supaya kelihatan sporty dan juga dinamik. Jelas juga kelihatan garisan badan Kodiaq GT ini yang seperti bersambung terus dengan tailgate di bahagian belakang.
Dengan penawaran ŠKODA Kodiaq GT ini kelak, ianya akan menjadikan empat buah rangkaian SUV ŠKODA bakal menakluk pasaran China. Mengapa China? Sifinya mudah. China merupakan lubuk buat ŠKODA apabila jualannya jauh mengatasi jumlah kenderaan yang dijual di Jerman sendiri.
Dan ŠKODA benar – benar mahu menyerang dan menumpukan terhadap segmen SUV di China, apatah lagi SUV Coupe kini semakin mendapat perhatian khususnya buat mereka yang mahu sentiasa kelihatan muda dan belia tanpa mengorbankan gaya eksklusif. Baru boleh saing dengan X6 kan.
Sebetulnya ini pengenalan rangkaian SUV di China oleh ŠKODA adalah merupakan perancangan bagi ‘Strategy 2025’. Apatah lagi China merupakan pasaran terbesar buat ŠKODA sendiri.
Suka juga untuk Brader Karrager kongsikan bahawa ŠKODA pernah memeterai Perjanjian Persefahaman dengan Presiden Xi Jinping sewaktu lawatan Presiden tersebut ke Republik Czech pada tahun 2016 berkenaan usaha mengembangkan lagi segmen SUV di China dengan pelaburan melebihi 2 Juta Euro. Barangkali lepas ini entah SUV jenis apa pulak yang hendak dikeluarkan oleh ŠKODA lepas ni.