
DEFELKTOR DUCATI V4R DIDAPATI SALAH OLEH PENGARAH PERLUMBAAN SBK
Jika anda masih ingat pada perlumbaan MotoGP 2019 pusingan pertama yang menjadi krisis berlarutan apabila pasukan Factory Ducati dibantah menggunakan deflektor pada swing arm belakang.
Gabungan Honda, Suzuki, Aprila dan KTM membuat bantahan secara rasmi kepada Dorna berkenaan pemasangan alat tersebut yang didakwa sebahagian dari bahagian aerodinamik yang menyalahi peraturan MotoGP.
Ducati menafikannya dan ia dirujuk pada mahkamah timbang tara dan setelah hampir sebulan selepasnya, Ducati didapati tidak bersalah. Peralatan tersebut boleh digunakan dan ia dikatakan hanya berfungsi sebagai penyejuk tayar belakang.
Namun. lain pula halnya dalam perlumbaan World Superbike (WSBK). Pasukan Ducati Aruba.it telah memasang peralatan yang hampir mirip Ducati MotoGP, tapi sebenarnya tidak. Ia mempunyai fungsi yang berbeza.
kredit foto: @antonioboselli
Dalam keadaan litar basah di Imola pada sesi latihan sebelah pagi, pasukan Ducati Aruba memasang deflektor di bawah fairing motosikal dengan tujuan untuk membiaskan air lebih cepat dari terkena bahagian tayar belakang. Ia lebih mirip kepada komponen yang digunakan oleh
Yamaha factory MotoGP pada pusingan Silverstone tahun 2018.
Pun begitu, akhirnya Ducati Aruba tidak menggunakan komponen tersebut pada sesi berikutnya. Ia telah ditanggalkan setelah SBK Technical Director Scott Smart menegaskan bahawa peralatan tersebut diluar regulasi yang dibenarkan dan ia mesti ditanggalkan.
Dalam sesi pagi itu juga, pasukan ini tidak lah mendapat posisi yang cemerlang juga. Mereka menduduki tempat ke lapan keseluruhan.