
REMAJA CEDERA PARAH, PUTUS KAKI KIRI DILANGGAR HILUX DEPAN SEKOLAH
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek dekat sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Adam Muqlis Abdul Aziz, 18, mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.16 malam.
“Siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Toyota Hilux dari bahu jalan sebelah kiri telah membuat pusingan U untuk menghala ke arah lampu isyarat Budiman.
“Ketika itu secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang datang dari arah lampu isyarat Budiman telah berlanggar dengan kereta tersebut di bahagian sisi hadapan sebelah kanan.

“Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu putus kaki sebelah kiri,” katanya.
Mengulas lanjut, Azli berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Selain itu, katanya pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pemandu itu telah hadir untuk memberi keterangan di balai polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – Sinar Harian
- BACA: SAKSI UTAMA KES KECUAIAN KUALITI BOEING MATI MENGEJUT. DAH MACAM FILEM
- BACA: MEMPERKENALKAN ALZA DAN AXIA DI BRUNEI, PERODUA SASAR TINGKAT JUALAN EKSPORT 79 PERATUS
- BACA: BANJIR BESAR DUBAI RAGUT NYAWA HYPERCAR, SUPERCAR DAN KERETA MEWAH
- BACA: SELEPAS BERTAHUN DAN LEBIH 1 JUTA, SUBARU LEGACY BERAKHIR DI AS PADA 2025









