Artikel Pilihan

SAKSI UTAMA KES KECUAIAN KUALITI BOEING MATI MENGEJUT. DAH MACAM FILEM

Saksi atau whistleblower Spirit AeroSystem iaitu salah sebuah syarikat yang bertindak sebagai pembekal komponen kapal terbang kepada Boeing dan menuduh majikannya dengan sengaja mengabaikan kualiti komponen telah ditemui mati berdasarkan sumber peguam dan ahli keluarga

Joshua Dean yang merupakan bekas perkerja Spirit AeroSystems di kilang Kansas sebelum ini mendakwa beliau dipecat selepas mendedahkan bahawa majikannya cuai, dan terlalu mengutamakan keuntungan telah meninggal dunia pada 30 April 2024 secara tiba-tiba selepas sakit dengan teruk walaupun sebelum ini mengamalkan gaya hidup sihat

Brian Knowles iaitu peguam yang mewakili Dean mengeluarkan kenyataan bahawa kematiannya adalah satu kehilangan besar pada industri penerbangan, dengan mendiang berani ke depan untuk mengetengahkan isu keselamatan dan kualiti

Dalam satu kenyataan balas Spirit AeroSystems bersimpati dengan kematian mendiang dan merupakan satu berita mengejutkan. Sebulan yang lepas, Dean telah dijangkiti kuman pada paru-parunya disebabkan Methicillin-resistant Staphylococcus aureus sehingga menyebabkan masalah pneumonia.

Dean pada tarikh kematian hanya berumur 45 tahun sahaja dan mengamalkan gaya hidup sihat dan berada dalam keadaan yang sihat. Apa yang menghairankan ialah kematian Dean berlaku selepas 2 bulan kematian salah seorang lagi whistleblower John Barnett.

John ditemui mati pada 9 Mac 2024 dengan kesan tembakan yang dipercayai cubaan membunuh diri yang meragukan. John merupakan saksi dalam kes mahkamah terhadap Boeing selepas mendedahkan terdapat kecuaian dan kecacatan pada rekaan keselamatan Boeing 787 Dreamliner

Boeing dan pembekalnya Spirit AeroSystems merupakan antara pihak yang disoal siasat dalam kes ini selepas pintu kecemasan sebuah Boeing 737 Max 9 terkopak ketika penerbangan pada bulan Januari 2024. Insiden yang melanda Alaska Airlines tersebut menyebabkan ramai pihak mempersoalkan sistem kualiti Boeing

Dean merupakan antara pihak yang memfailkan aduan terhadap Federal Aviation Administration berkenaan salah salu prosedur kualiti dan telah memberi keterangan mahkamah

Google ads
Back to top button