Buletin

RENAULT K-ZE, EV RAKYAT DAN MAMPU MILIK?

Dalam persaingan kenderaan elektrik, pengeluar masih belum menjumpai satu kunci. Kunci tersebut ialah pintu kepada penerimaan EV secara besar-besaran.

Kita bukan bercakap tentang Tesla yang mahal harganya. Kita bercakap tentang model EV ringkas yang mampu milik seterusnya boleh dinikmati populasi lebih besar.

Nissan nampaknya sudah menemui kunci tersebut melalui LEAF dan satu keistimewaan ialah jenama ini dalam gabungan Nissan-Renault-Mitsubishi.

Bukan sahaja Nissan tetapi gabungan ini sendiri bakal membuka potensi yang ada.

LEAF walaupun popular tetapi harganya masih di peringkat pertengahan dan sekali lagi bermakna tidak ramai boleh memilikinya.

Pengeluar bukan tidak menyedari hakikat ini dan sebagai tindakan pertama Renault bakal memulakan langkah pertama.

Pada tahun depan Renault bakal melancarkan sebuah SUV urban elektrik mampu milik dengan pasaran pertama di China.

SUV yang diberi nama Renault K-ZE itu berada dalam segmen A dan meneruskan gayaan progresif seperti LEAF ialah bentuknya yang tidak seperi kereta elektrik.

Ia seperti SUV konvensional dan satu perkara lagi ialah Renault tidak sibuk untuk mengheret pemanduannya sejauh mungkin. K-ZE hanya mampu bergerak sejauh 250km (NEDC) iaitu lebih singkat berbanding LEAF.

Faktor ini mungkin disebabkan supaya ia mampu milik dan sasarannya untuk pengguna di kota sahaja.

Kelengkapan lain K-ZE ialah kamera undur dan skrin tengah dengan navigasi berhubung.

Akhir sekali kenapa China? Sebabnya ialah China adalah pasaran terbesar dan paling pantas berkembang untuk kenderaan elektrik.

Harapnya negara kita juga akan terkena limpahan kemajuan ini kerana EV yang murah adalah satu idea menarik.

BACA: ALKISAH RENAULT CLIO – DARIPADA SUPERMINI KEPADA HOT HATCH

BACA: RENAULT MEGANE R.S 2018 – PENANDA ARAS BARU UNTUK HOT HATCH SEGMEN C 

Google ads
Back to top button