BuletinMotosikal

IMAGINASI TERHAMPIR YAMAHA R25 DARI JEPUN DAN INDONESIA

Pelancaran terbaru Yamaha YZF-R15 V3 bulan lalu menyebabkan “abang” besarnya R25 kelihatan mundur dan kuno. R15 dilengkapi dengan sejumlah teknologi yang besar menjadikan R25 kelihatan ketinggalan di belakangnya.

Sejak awal tahun ini, pelbagai rumours kedengaran dan yang terbaru, gambar intipan berjaya diperolehi oleh laman web Indonesia yang memberi indikasi awal bahawa R25 sememangnya akan diperbaharui dengan drastik.

BACA: SPYSHOT YAMAHA R25 DITEMUI

Antara yang kerap memberi imej ialah majalah permotoran Jepun, Young Machine dan yang terbaru dari laman web indonesia, MotoBlast.

BACA: IMEJ R25 DARI YOUNG MACHINE

Jika diteliti, kita akan dapat melihat perubahan nyata pada spesifikasi berikut;

  • Lampu hadapan terpisah dengan fungsi LED
  • Suspensi hadapan jenis Upside Down (USD) yang diberi kemasan warna emas
  • Perubahan bahagian belakang dengan menampilkan “ekor” lebih aerodinamik seperti ada lubang saluran udara.
  • Kelongsong udara di bahagian tengah antara lampu hadapan. Jika mengikut standard industri, ia adalah lubang kemasukan udara ke bahagian intake yang bertindak sebagai RAM AIR.
  • Bahagian kerangka nampaknya tak berubah secara signifikan dan kelihatan sisik di bahagian fairing kurang liang udara berbanding model semasa.

GALERI

Google ads
Back to top button