
RENAULT KEKALKAN HARGA UNTUK TAHUN 2016
TC Euro Cars baru-baru ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menaikkan harga Renault untuk tahun 2016.
Harga semasa akan dikekalkan untuk seluruh rangkaian model Renault, biarpun nilai tukaran wang asing memberi kesan ke atas harga kereta serta komponen import, selain meningkatkan kos produksi kenderaan.
“Dengan perancangan rapi, mengoptimumkan kecekapan operasi dan langkah-langkah pengurusan kos yang dijalankan oleh syarikat, kami mampu menguruskan kos demi pelanggan buat masa sekarang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.
Senarai harga rangkaian model Renault untuk tahun 2016 adalah seperti berikut:
Model | Semenanjung Malaysia (OTR + GST, tanpa insurans) | CBU / CKD |
Fluence Expression | RM 108,888 | CKD |
Fluence Dynamique | RM 119,888 | CKD |
New Clio GT Line | RM 118,000 | CBU Turki |
Captur Baharu | RM 123,000 | CBU Sepanyol |
Koleos 2.5 2WD | RM 178,888 | CBU Korea |
Megane R.S. 265 Sport | RM 197,888 | CBU Sepanyol |
Megane R.S. 265 Cup | RM 234,888 | CBU Sepanyol |
Semua kenderaan Renault di Malaysia hadir bersama selang servis 10,000km atau enam bulan, mana-mana tiba dahulu. Manakala model R.S dan EV pula didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.
Tidak seperti jaminan lanjutan kenderaan baharu yang lain, ia disokong sepenuhnya oleh Renault demi memudahkan tempoh pemilikan kerana kurang komplikasi dari segi terma dan syaratnya.
Bukan itu sahaja, kedua-dua varian Fluence pula ditawarkan dengan pakej penyelenggaraan percuma 5inFLUENCE . Ia merangkumi jaminan penuh pengeluar dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun*, jaminan alat ganti tulen selama setahun, perkhidmatan mengambil secara percuma untuk setiap servis berjadual serta sebuah kereta gantian apabila Fluence pelanggan perlu berada di bengkel lebih 48 jam.