
TAWARAN MENARIK BMW PREMIUM SELECTION
Ingin memiliki sebuah BMW tetapi tidak cukup bajet untuk membeli model baharu?
Jangan risau, anda masih ada masa sepanjang hari ini untuk mengunjungi beberapa bilik pameran BMW dan lihat tawaran Hujung Minggu BMW Premium Selection (BPS).
BPS yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini (9 – 10 Januari 2016) menawarkan pembelian kenderaan BMW terpakai. Ia hadir bersama Program Jaminan BMW, minimum selama setahun atau perbatuan sehingga 200,000km. Selain lengkap dengan pemeriksaan terperinci dan sejarah kenderaan yang telah disahkan.
BPS turut menawarkan Bantuan Tepi Jalan BMW. Bantuan itu akan memastikan kenderan BMW anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.
Keahlian BMW WhiteCard yang eksklusif membawakan kepada anda gaya hidup, membeli-belah, menikmati hidangan dan pengalaman premium hasil tawaran daripada rakan-rakan niaga BMW Group Malaysia.
Program pembiayaan khas ada ditawarkan pada hujung minggu ini oleh BMW Credit Malaysia. Ini termasuklah pelan pembiayaan 0% untuk BMW 218i Active Tourer (transmisi manual sahaja). Di samping pelan bayaran bulanan bermula daripada RM2,198 untuk model-model terpilih.
Lokasi-lokasi Hujung Minggu BMW Premium Selection adalah seperti berikut:
Lokasi | Alamat |
Sime Darby Auto Selection | 3A, Persiaran Kerjaya, Section U1, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor |
Sime Darby Auto Selection | 362, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur |
Ingress Auto | 2779, Jalan Damansara, Sungai Pencala, 60000 Kuala Lumpur |
Quill Automobiles | Ground Floor Quill 9, 112, Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor |
Wheelcorp Premium | No 1, Jalan Setia Murni AH U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor |
Tian Siang Premium Auto | Lot 6235, Jalan Baru, 13700 Perai, Pulau Pinang |
Maklumat lanjut mengenai Hujung Minggu BMW Premium Selection, sila layari laman web: http://www.bmw.com.my/bpsweekend/.