Buletin

RENAULT KOLEOS FACELIFT 2019. LEBIH MASKULAR & MEWAH. BERMULA RM179,888

SUV mewah premium segmen D Renault, Renault Koleos kini telah menerima penambahbaikan dari segi gayaan luaran dan dalaman bagi menjadikannya SUV paling luas serta selesa dalam kelasnya.

Diedar oleh  TC Euro Cars, Renault Koleos ditawarkan dalam dua varian: Renault Koleos dan Koleos Signature. SUV itu dipamerkan buat pertama kalinya dalam acara Premium Auto Car Expo (PACE) yang bakal berlangsung pada 2-3 November 2019 di Setia City Convention Centre.

Walaupun dimensinya masih sama seperti sebelumnya, (tapak roda 2,705mm dengan panjang keseluruhan 4,672mm), rekaan luaran kini kelihatan lebih agresif dan maskular. Kedua-dua varian itu juga dipasang dengan lampu utama LED Pure Vision.

Antara penambahbaikan utama:

  • Bampar hadapan baharu dengan kemasan krom yang panjang sehingga ke bahagian lampu kabus pada kedua-dua sisi bersama kemasan dua tona
  • Bampar belakang baharu yang menyerlah dengan krom tambahan dan kemasan dua tona
  • Pilihan warna-warna baharu seperti hitam (Amethyst Black), merah (Millesime Red) dan perak (Ultra Silver), di samping warna sedia ada iaitu putih (Universal White) dan hitam metalik (Black Metallic)
  • Rim aloi baharu bersaiz 19 inci untuk Koleos Signature dan rim 18 inci bagi varian Koleos
  • Kedua-dua varian itu kini dilengkapi pintu belakang bebas tangan yang memudahkan pemandu. Ketinggiannya juga boleh dilaras berdasarkan kepada keperluan individu 
  • Dilengkapi ciri replikasi telefon pintar yang dipaparkan menerusi sistem multimedia R-LINK2 bersaiz 8.7 inci, ia sesuai untuk Apple CarPlay™ and Android Auto™
  • Tempat duduk penumpamng belakang didatangkan dengan ciri dua konfigurasi boleh laras untuk memberi lebih keselesaan
  • Bumbung suria panoramik elektrik memberikan sentuhan premium, sekali gus meningkatkan ambien dalaman kabin (varian Koleos Signature sahaja)
  • Tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang hadapan

Renault Koleos masih menggunakan enjin petrol 2.5 liter yang dipadankan bersama transmisi automatik X-Tronic CVT untuk prestasi lebih baik. Enjin itu mampu menjana kuasa 171PS dan tork 226Nm, selain menawarkan penjimatan bahan api sekitar 8.1L/100km.

Mengekalkan reputasinya sebagai sebuah SUV keluarga yang mewah dan selesa, Renault Koleos menawarkan ruang kabin luas dengan kemasan premium. 

Harga kompetitif

Jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM179,888 bagi varian Koleos dan  RM189,888 untuk Koleos Signature (harga di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).

Sama seperti model-model Renault yang lain, Koleos hadir bersama jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Ia turut merangkumi satu pakej servis berkala selama lima tahun dengan perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, mereka yang membuat tempahan pada November akan menikmati kadar tukaran (trade-in) sehingga RM15,000 selain jumlah penilaian kenderaan yang dijalankan.

Pelan Renault Subscription

Pelanggan boleh menikmati kebebasan dan fleksibiliti dengan Koleos baharu menerusi Renault Subscription tanpa perlu terikat dengan tempoh pinjaman yang lama serta tidak perlu bimbang terhadap kos penyusutan nilai.

Selain Renault Captur, Renault Koleos boleh dilanggan menerusi Renault Subscription dengan pelan berikut:

GALERI

Google ads
Back to top button