Buletin

DUA HONDA CR-V ISTIMEWA SEMPENA SEMA 2019

Pameran SEMA 2019 adalah acara penting buat Honda yang menyambut ulangtahun ke-60 di Amerika Syarikat. Sempena pameran tersohor itu Honda membawakan dua Honda CR-V yang telah diubah suai dengan dua gaya berbeza. 

Ubah suai sebegini untuk sebuah CR-V adalah sesuatu yang jarang ditemui. Kebanyakan pemilik sudah berpuas hati dan tiada apa lagi yang perlu ditambah. Apa pun ia boleh menjadi rujukan buat pemilik yang mahukan sesuatu berbeza.

Dua unit ubah suai dijelmakan kepada CR-V Hybrid “Do” dan CR-V “Dream yang merupakan hasil kerja Jsport Performance Accessories.

Honda CR-V Hybrid “Do” dibina oleh Jsport sebagai sebuah “weekend warrior” atau kenderaan hujung minggu.

Ia dibina untuk pengguna yang mahukan kenderaan serba boleh sebagai pengangkutan untuk ke denai terdekat dan pada masa sama mengekalkan praktikaliti yang wujud pada CR-V.

Ubah suai yang dibuat ialah pemasangan kit tinggi 1.5 inci, pemijak sisi, rak bumbung dari Jsport, roda off-road KMC saiz 17 inci dan tayar all-terrain Nitto Terra Grappler. Turut dibawa ialah basikal bukti Cannondale.

Unit kedua yang dibina Jsport ialah CR-V “Dream” untuk penjelajahan atau “overlander”. Ia dibina bagi pemilik yang mahu meneroka kawasan luar dengan kenderaan yang dilengkapi pelbagai peralatan untuk berdikari.

Ubah suai pada CR-V ini ialah kit tinggi 1.5 inci, pemijak sisi, bampar depan, pemegang tayar, rak bumbung Jsport, roda off-road KMC saiz 17 inci dan tayar all-terrain Nitto Terra Grappler dan khemah bumbung Roofnest Falcon.

Satu lagi kelengkapan menarik ialah rak barangan pada ruang kargo dan peti sejuk pada bahagian kargo.

Mengimbas kembali CR-V generasi pertama ianya adalah sebuah SUV yang cenderung kepada fungsi utilatarian dengan bentuknya yang berkotak. Ada juga pemilik sekarang yang mengubah suai CR-V tersebut ala off-road dan tampil dengan menarik.

CR-V sekarang ini sudah berevolusi kepada kenderaan bandar dan ia sebenarnya segmen yang popular di peringkat global.

Modifikasi untuk kedua-unit oleh Jsport sebenarnya mengimbas kembali bagaimana SUV bermula iaitu jip yang tahan lasak dan kenderaan wajib untuk meneroka kawasan hutan dan berbukit.

BACA: HONDA CR-V 2020 (FACELIFT), TAMPIL DENGAN RUPA SPORTI

BACA: TOYOTA RAV4 – PESAING HONDA CR-V NUN JAUH DI AMERIKA SYARIKAT

BACA: PANDU UJI: HONDA CIVIC FACELIFT 2019, APA YANG BARU?

Tags
Google ads
Back to top button