" "
Buletin

RENAULT, VINFAST LABUR DI INDONESIA – BINA KILANG PEMBUATAN EV

Pengeluar kereta Perancis, Renault, dan pengeluar kereta Vietnam, VinFast, bersedia untuk melabur di Indonesia, mengukuhkan lagi struktur industri automotif negara berkenaan.

Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita mengakui terdapat perbincangan serius dengan kedua-dua syarikat yang menyatakan mereka komited untuk melabur bagi menambah baik ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.

“Kami sedang mencari tanah untuk VinFast dan Renault,” kata Agus.

Beliau berkata, pihaknya telah menyediakan insentif yang diperlukan supaya kedua-dua syarikat itu dapat memasuki pasaran domestik.

“Mereka meminta memasukkan beberapa produk serta  diberi peluang untuk menguji pasaran.”

“Jadi, mereka tidak lagi meminta insentif kerana semua yang mereka minta sudah ada dalam polisi,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan insentif kepada pelabur yang ingin membina kilang kereta elektrik di Indonesia.

Untuk rekod, Indonesia mempunyai empat kilang kereta elektrik iaitu Wuling Motors, DFSK, Hyundai dan Chery, namun kapasiti pengeluaran empat kilang ini masih rendah.

Menurutnya, pembinaan kilang kereta elektrik di negara ini amat diperlukan bagi mencapai sasaran pasaran kenderaan, selain supaya Indonesia mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Industri automotif domestik disasarkan untuk mengeluarkan sembilan juta unit motosikal elektrik beroda dua dan tiga, serta 600 ribu unit kereta elektrik serta bas.

Sasaran ini dijangka menyumbang kepada pengurangan penggunaan minyak (BBM) sebanyak 21.65 juta tong atau bersamaan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 7.9 juta tan secara keseluruhan.

Google ads
Back to top button