Buletin

WRC 2024 – KALLE ROVANPERA UNGGUL UNTUK MENDOMINASI SAFARI RALLY KENYA

Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanpera sekali lagi Berjaya membuktikan kehandalannya dengan memenangi perlumbaan Safari Rally Kenya. Juara WRC musim itu ternyata cukup unggul apabila mendominasi perlumbaan sedari perlumbaan hari Jumaat lagi

Kalle Rovanpera yang hanya mahu berlumba secara separuh masa sahaja musim ini cukup handal apabila berjaya memenangi perlumbaan dengan kelebihan 1 minit 37.8 saat di belakang lawanya.

Pemandu dari Finland itu Bersama Juruarah Jonne Halttunen, mendahului hampir satu minit selepas memenangi semua peringkat yang dipenuhi dengan laluan berbatu pada hari Jumaat di sekitar Tasik Naivasha, kemudiannya berjaya memastikan jentera Toyota GR Yaris Rally1 untuk menamatkan saingan hari Sabtu dengan kelebihan dua minit ketika terdapat beberapa pemandu lain yang terpaksa bergelut dengan masalah teknikal dan juga kerosakan tayar bersama jentera masing – masing.

Dan akhirnya juara WRC dua kali itu memandu untuk menamatkan saingan pada perlumbaan akhir hari Ahad, yang memuncak di tengah-tengah pemandangan menakjubkan di Hell’s Gate dengan kehadiran Presiden Kenya William Ruto.

Kemenangan Kalle Rovanpera itu dilihat lebih bermakna buat pasukan Toyota Gazoo Racing apabila seorang lagi pemandu mereka Takamoto Katsuta berjaya menamatkan perlumbaan di podium kedua bagi mencatatkan kemenangan 1 – 2 buat pasukan dari Jepun itu.

Walau pun beraksi di bumi Afrika, namun pemandu Jepun itu dilihat cukup sempurna beraksi di rali yang cukup mencabar ini, sementelah beberapa kali menaiki podium sebelum ini. Dan prestasi baik ini buat pasukan Toyota Gazoo Racing di bumi Afrika ini juga dilihat bukanlah asing. Pasukan ini telah mendominasi perlumbaan semenjak dari tahun 2021 lagi

Melengkapkan podium terakhir di Safari Rally Kenya ini adalah pemandu M-Sport Ford, Adrien Fourmaux yang sekali lagi berjaya mencatatkan kemenangan podium setelah melakukannya di Rally Sweden sebelum ini.

Sementara itu, tempat keempat menjadi milik Elfyn Evans setelah sempat mengalami masalah dengan kerosakan tayar dengan ketinggalan lebih empat minit daripada pendahulu Kalle Rovanpera rakan sepasukannya.

Sungguh pun demikian, Elfyn Evans tetap mengutip mata penting bagi mengekori rapat pendahulu keseluruhan pungutan mata musim ini, Thierry Neuville yang menduduki tempat kelima keseluruhan.

Pemandu Hyundai Motorsport itu juga turut mengalami masalah kerosakan tayar dan juga panel bahagian belakang serta tekanan bahan bakar ketika saingan tetapi masih mendahulu keseluruhan dengan kelebihan hanya enam mata di hadapan Elfyn Evans.

Rakan sepasukan Esapekka Lappi dan juga Ott Tanak turut mengalami nasib kurang baik di sini. Esapekka Lappi mengalami masalah dengan kotak gear manakala bekas juara WRC Ott Tanak pula mengalami masalah dengan sistem suspensi.

Perlumbaan berikutnya akan diadakan di Crotia pada pertengahan April nanti dengan permukaan aspal akan menjadi halangannya pula.

BACA : WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE MENANG DENGAN BERGAYA DI MONTE-CARLO

BACA : TAKAMOTO KATSUTA – MAMPUKAH BELIAU MENCABAR KEJUARAAN WRC MUSIM 2024 NANTI?

Google ads

B K

"
"
Back to top button