
JETOUR X20e MASIH ‘TEST MARKET’, BELUM ADA TARIKH PELANCARAN
Pengeluar automotif China, Jetour, masih dalam fasa menilai sambutan pasaran terhadap model kenderaan elektrik kompaknya, X20e, di Indonesia walaupun ia telah dipertontonkan kepada umum sebelum ini.
Model tersebut diperkenalkan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show 2025 sebagai antara langkah awal jenama itu menguji penerimaan pengguna terhadap segmen EV bersaiz kecil.
Namun, sehingga kini, tiada pengesahan rasmi mengenai pelancarannya di negara berkenaan.
Menurut wakil syarikat, kemunculan X20e setakat ini lebih tertumpu kepada kajian pasaran, termasuk mengumpul maklum balas pengguna serta memahami kecenderungan pembeli terhadap kenderaan elektrik dalam segmen tersebut.

“Kami sedang mengumpul pandangan melalui pelbagai kajian dan tinjauan. Daripada situ, barulah kami boleh menilai potensi sebenar model ini dalam pasaran,” katanya.
Malah, model itu juga dianggap sebagai pengenalan pertama di peringkat global, sekali gus memberi peluang kepada Jetour menilai reaksi awal sebelum sebarang keputusan komersial dibuat.
Dari sudut dimensi, X20e hadir dengan ukuran panjang 3,720mm, lebar 1,700mm dan tinggi 1,608mm, serta jarak roda 2,520mm—menjadikannya setanding dengan pesaing dalam kelas sama seperti BYD Atto 1.
Buat masa ini, hala tuju sebenar model berkenaan masih bergantung kepada hasil kajian dan respons pasaran, sekali gus menentukan sama ada ia akan memasuki fasa pengeluaran dan jualan rasmi dalam masa terdekat.
- BACA: LEPAS MULAKAN LANGKAH DI MALAYSIA DENGAN MISI KOMUNITI
- BACA: MOT PERKENAL GARIS PANDUAN BAHARU KENDERAAN DE-CONTROLLED, PIKAP BAWA BARANGAN
- BACA: TOYOTA MALAYSIA TUBUH PASUKAN GT4 BERSAING DI THAILAND SUPER SERIES 2026
- BACA: MAZDA CX-5 KINI BERMULA RM158,888 – MASA TERBAIK MILIKI SUV IDAMAN SEMPENA RAYA









