Buletin

RENTAS NEGERI DIBENARKAN BERMULA 10 JUN 2020. PKPB DIGANTI DENGAN PERINTAH KAWALAN PEMULIHAN

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Perkara itu dimumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu perutusan khas sebentar tadi.

Tempoh PKPP akan menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberikan untuk rakyat menjalani kehidupan seharian. Di samping mematuhi SOP secara berterusan.

“Mulai 10 Jun 2020 perjalanan rentas negeri akan dibenarkan, kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“jadi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal jauh di negeri lain, bolehlah berbuat demikian. Alhamdulilah,” kata Muhyiddin.

Ini merupakan sebahagian daripada exit strategy daripada PKP yang mula dilaksanakan sejak 18 Mac 2020. Diikuti oleh PKPB sejak 4 Mei 2020. Sejak PKP dan PKPB dilaksanakan, kadar jangkitan COVID1-9 di Malaysia menunjukkan trend yang semakin menurun.

Statistik Kementerian Kesihatan memperlihatkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan semakin rendah dan terkawal. Kebanyakan kes yang dicatat adalah kes import dan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di depot-depot tahanan imigresen.

“Kita bersyukur erana tindakan pantas petugas barisan hadapan telah berjaya membendung penularan COVID-19 dalam kalangan PATI di depot tahanan. Keadaan juga adalah terkawal.

“Pada masa yang sama, kapasiti ksihatan awam berada di tahap lebih baik dan meyakinkan. Ini menunjukkan Malaysia telah berjaya penularan COVID-19 dengan berkesan dan kini memasuki fasa pemulihan.” kata Muhyiddin lagi.

Tags
Google ads
Back to top button