Buletin

PKPB: INDIVIDU ADA SURAT KEBENARAN MAJIKAN, PAS PEKERJA BOLEH LEPAS SJR

Individu yang mempunyai surat kebenaran majikan atau pas pekerja untuk ke tempat kerja perlu dilepaskan daripada Sekatan Jalan Raya (SJR),

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. berkata polis tidak seharusnya mengarahkan mereka yang mempunyai salah satu dokumen itu untuk berpatah balik ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di beberapa negeri pada masa ini.

“Majikan yang menentukan pelepasan dan kebenaran pekerja tertakluk kepada pengumuman kerajaan. 

“Bagi yang dibenarkan (ke pejabat), majikan akan keluarkan surat kebenaran dan jika rentas daerah mereka hanya perlu ada pas pekerja, bermakna polis perlu lepaskan mereka,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau mengulas mengenai laporan muka depan sebuah akhbar tempatan bahawa ada majikan mendakwa terdapat pekerja yang bukan daripada bahagian pengurusan dan penyeliaan dihalang oleh polis untuk ke pejabat dan diarah berpatah balik.

Ismail Sabri berkata polis tidak dibekalkan senarai bahagian pekerjaan yang memerlukan pekerja ke pejabat atau bekerja dari rumah.

Begitupun, pengumuman kerajaan sebelum ini adalah jelas iaitu pekerja di kawasan PKPB bahagian pengurusan dan penyeliaan perlu bekerja dari rumah. 

Beliau menjelaskan, bahagian lain yang memerlukan mereka hadir ke pejabat, pekerja perlu berbuat demikian dengan melengkapkan diri dengan surat kebenaran majikan atau pas pekerja- Bernama

Google ads
Back to top button