Artikel Pilihan

UNICORN V3 – JENTERA RALI LAMBORGHINI HURACAN TWIN TURBO

SHARE

Pertama kali melihat kereta ini mesti ramai yang terlintas apalah yang ada dalam kepala pemiliknya. Tidak kurang yang akan menyatakan harap kan duit je banyak tapi taste ke laut. Tapi bagi pemiliknya, Alex Choi,beliau sudah berjaya melahirkan sesuatu yang lain dari yang lain. Bagi manusia biasa yang low profile macam kami, ini merupakan satu proses modifikasi yang menjolok mata tapi bagi seorang yang mahukan perhatian ramai, Choi memang boleh dikatakan sangat berjaya.

Lamborghini Huracan bersangkar ini dinamakan Unicorn V3 oleh Choi dan ia merupakan antara kereta custom eksotik paling popular di California. California beb bukannya Kodiang okey.

V3 merujuk kepada proses modifikasi ketiga yang dilakukan Choi terhadap Huracan ini. sebenarnya kereta ini sudah menjalani pelbagai proses modifikasi sejak dibeli Choi pada tahun 2017. Sebelum ini ia dirias dengan stiker camo merah jambu dan biru oleh pemiliknya.

Kemudian ia ditambah dengan kotak ski, spoiler GT, penutup hud gentian karbon dan bumper belakang ditanggalkan. Tidak lama selepas itu khas untuk Gold Rush Rally, Choi melakukan proses modifikasi kedua (V2) dengan sentuhan balutan BAPE dan nyalaan lampu di bawah dan kemudian bumper belakang dipasang kembali. V3 pula adalah versi paling gila setakat ini.

Choi pada mulanya menaik taraf bahagian enjin dengan dua pengecas turbo Sheepey Race. Syarikat RSR kemudian bertanggungjawab menghasilkan sangkar keluli tiub yang digelar Choi sebagai Monkey Bar yang melindungi sekeliling bahagian badan kereta.

Ia sebenarnya diinspirasikan daripada Flip Car dari filem Fast & Furious 6. Akhir sekali ia disudahkan dengan spotlight rali ala Group-B daripada Speed Tech Lights. Akhir sekali ialah light bar di bahagian bumbung yang sama dengan kereta peronda polis (kalau kat Malaysia memang cari bala la ni).

Rim yang digunakan adalah buatan custom khusus Brixton Forged Wheels untuk Lamborghini milik Choi ini. Ia sebenarnya bukan rim baru tetapi ditukar warnannya daripada putih kepada hitam. Ia kemudian dipadankan pula dengan tayar-tayar Michelin PS4 dengan pelekat putih yang memberikan efek berbeza ketika sedang bergerak.

Penapis udara yang besar dan bulat di sisi kiri dan kanan kereta membuatkan kereta ini seolah-olah sebuah model yang berasal dari filem Star Wars. Spoiler gentian karbon merupakan aksesori asal V2 tapi kali ini ia ditinggikan lagi agar kelihatan lebih ekstrim.

Akhir sekali kereta ini disudahkan dengan diffuser dan lampu belakang asalnya diterbalikkan. Menarik jugak rupanya bila lampu brek dan signal belakang diterbalikkan rupanya.

Menurut proses modifikasi major boleh dikatakan sudah tetapi beliau masih mempunyai beberapa idea untuk menaikkan taraf kereta ini sedikit lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan kereta ini follow sahaja IG ataupun channel Youtube milik Choi.

Tags
Google ads
Back to top button