Artikel Pilihan

SUBARU AKAN HASILKAN BRZ MANUAL DENGAN SISTEM EYESIGHT

Walaupun memandu kereta sport dengan transmisi manual memang menyeronokkan terutama jika anda mampu mengawal kedudukan gear, menukar gear sendiri dan menekan pedal klac namun kereta sport manual ada kelemahannya yang tersendiri terutama jika jurutera ingin mengintegrasikan sistem ADAS ke dalam kereta

Masalah yang dihadapi oleh kereta sport manual ini disedari oleh Subaru dan buat masa ini Subaru akan membangunkan sistem EyeSight khas untuk transmisi manual berdasarkan karekter pemanduan kereta dengan transmisi manual

Matlamat Subaru ialah sistem EyeSight ini boleh beroperasi dalam semua keadaan pemanduan dan membantu pemandu mengelakkan kemalangan dan membuat keputusan dalam keadaan kritikal sama seperti sistem EyeSight pada varian automatik

Subaru menjanjikan sistem EyeSight khas untuk transmisi manual ini akan mengekalkan semua ciri ADAS pada varian automatik seperti amaran pra perleanggaran, brek pra-perlanggaran, sistem pemanduan adaptif, Lane Departure Warning, Front Departure dan Lane Keep Assist. Subaru menjanjikan sistem ini akan berfungsi sama seperti sistem yang digunakan pada transmisi automatik

Subaru merancang untuk memasang sistem EyeSight ini pada Subaru BRZ manual bagi pasaran jepun terlebih dahulu pada suku ke empat tahun 2023 dan pasaran lain akan menyusul seawal tahun 2024. Sehingga hari ini Subaru telah memasang sehingga 5.5 juta kenderaan dengan sistem EyeSight bagi kenderaan Subaru

Google ads
Back to top button