Buletin

SS DOLPHIN PLUG-IN HYBRID KLON CORVETTE C1? HARGA BERMULA RM361,729 SEUNIT

Pengeluar kenderaan China mempunyai kecenderungan ‘meminjam’ reka bentuk jentera dari syarikat-syarikat besar dunia, tetapi pada kebiasaannya diambil daripada kenderaan baharu.

Berbeza pula dengan model terbaharu Songsan Motor iaitu SS Dolphin yang merupakan klon Corvette C1 1958.

SS Dolphin menampilkan empat lampu LED di bahagian hadapan dengan rekaan bulat malah gril hadapan merupakan inspirasi daripada Corvette.

Model ini juga memiliki bingkai cermin hadapan dan rekaan badan digabungkan dengan krom mengingatkan kepada C1.

Jika dilihat di bahagian belakang, ia hampir sama dengan Corvette tetapi logo SS Dolphin membezakan jentera terbaharu ini.

Bumbung kereta terbaharu ini boleh disimpan di bahagian belakang bagi memastikan dapat menikmati udara segar apabila memandu.

Dari segi saiz pula, SS Dolphin didatangkan dengan 189 inci panjang, 72.8 inci lebar dan ketinggian 54.7 inci.

Ruang dalaman pula, menampilkan gabungan rekaan old school dan teknologi moden. Biarpun, perincian agak terhad tetapi ia dilengkapi cluster instrumen digital dan sistem infotainmen.

Selain itu, terdapat sentuhan kayu dan besi serta roda stereng bawah rata di dalam SS Dolphin.

Syarikat berkenaan masih merahsiakan spesifikasi jentera terbaharu ini tetapi melalui laman web ia merupakan kereta plug-in hybrid dengan mendapat khidmat enjin 1.5 liter turbocas dan motor elektrik.

Menurut laporan Autohome, SS Dolphin yang dijana daripada BYD dan pek bateri 16 kWh mampu mengembara antara 90 hingga 100 km apabila menggunakan kuasa bateri. Ia boleh memecut 0-100 km/j dalam tempoh masa 4.9 saat.

SS Dolphin dijual pada harga bermula  AS$86,613 (RM361,729) menjadikannya 50 peratus lebih mahal berbanding model terbaharu Camaro di China. – carscoops.

Google ads
Back to top button