Artikel Pilihan

KENAPA ADA KERETA ROADSTER, CABRIOLET ATAU CONVERTIBLE? KENAPA KENA BUKAK ATAP?

Jika anda ada fikiran yang waras dan sihat, anda akan terfikir kenapa pengeluar kereta sanggup menghasilkan kereta tanpa bumbung? Kenapa ada orang yang akan beli kereta ini sedangkan lebih selesa jika berada dalam kereta tertutup dan dilindungi? Tak perlu berpanas, berhujan dan disejukkan dengan penyaman udara bila panas terik.

Kereta tanpa bumbung ini juga dikenali dengan kena Convertible, kerana keupayaan kereta untuk berubah daripada ada bumbung kepada tanpa bumbung. Kereta tanpa bumbung walaupun nampak lebih kurang sama, tetapi ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut

1. Roadster – pada tahun 1916 SAE memberi takrifan roadster sebagai sebah kereta dengan tempat duduk terbuka yang berupaya memuatkan 2 penumpang. Menjelang tahun 1970an, terma roadster digunakan untuk kereta sport 2 pintu tanpa bumbung dengan perlindungan yang minima terhadap cuaca

2. Softop – tapi tak semua pemandu mahu tiba di destinasi dengan basah dan sejuk, menyebabkan pengeluar menghasilkan bumbung fleksible yang boleh dilipat bila tidak digunakan. Bumbung ini boleh ditarik dan dipasang secara manual dengan menggunakan tangan bila diperlukan

Kereta ini disebut sebagai softop dengan bumbung dihasilkan daripada fabrik kalis air, vinyl, getah, acrylics fiber dan juga PVC. Apabila dilipat, kereta jenis ini tiada tiang B menjadikan elemen rekaan luaran kenderaan lebih menarik

3. Hardtop – tapi masalahnya softop ini tidak cukup bagus dalam memberi perlindungan terhadap cuaca sejuk, panas dan juga bunyi. Pengeluar mula menghasilkan hardtop dimana bahagian bumbung kereta dihasilkan daripada keluli dan juga aloi.

Bila tidak digunakan, bumbung ini akan disimpan di bahagian belakang berhampiran ruang kargo menjadikan ruang kargo adalah terhad. Bila tidak digunakan, tiang B atau bahagian belakang akan kekal wujud menjadikan rekaan luar hardtop kurang menarik

4. Retractable Hardtop – masalahnya hardtop adalah berat sedikit dan jika anda ingin membuka bumbung sewaktu hujan mulai turun, ia akan menyebabkan anda basah kuyup terlebih dahulu. Mekanisme pembukaan hardtop diberikan motor dan komponen agar ia boleh dibuka dan ditutup secara automatik dengan menggunakan suis sahaja

5. Cabriolet – lebih kurang sama seperti kategori 2, 3 dan 4 kecuali cabriolet (berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud matahari) memiliki tiang B dan C. Platform cabriolet juga dipanjangkan agar boleh memuatkan 2 baris tempat duduk dengan kapasiti sehingga 4 penumpang

Pendek kata semua tempat kenderaan di atas memang ada kebolehan untuk membuka bumbung bila diperlukan, mendedahkan pemandu dan penumpang kepada elemen cuaca serta menutup kembali bumbung jika keadaan tidak mengizinkan. Mungkin ini sebab kenapa pemandu suka membuka bumbung kereta:

1. Rasa bebas – berada dalam kereta atau rang tertutup menjadikan sesetengah pemandu atau penumpang rasa terkurung, rimas dan gelisah. Mereka lebih suka berada di luar bangunan atau kenderaan berbanding berada dalam ruang tertutup.

Cuba anda pergi ke cafe atau restoran, memang ada ruang yang terbuka ntuk mereka makan dan minum di luar bagunan di bawah langit terbuka. Malah ada juga masjid menyediakan ruang terbuka untuk orang bersolat di luar bangunan

2. Deruan angin – sesetengah pemandu lebih suka apabila dapat merasai terjahan angin pada bahagian muka, rambut dan juga badan apabila mulai memandu dengan laju. Ia adalah perasaan yang sama apabila kita menunggang motosikal atau basikal dengan laju, dengan deruan angin menerbitkan rasa gembira dan membebaskan hormon endorphins dan dopamine dalam badan

Pendek kata pemandu roadster perlukan sebuah kereta yang mendedahkan elemen kepada mereka sewaktu memandu tapi dengan keselesaan sebuah kereta bukannya motosikal

3. Bunyi mekanikal lebih jelas – pemandu yang fokus kepada pemanduan lebih suka mendengar bunyi enjin dan ekzos meraung bila pedal ditekan, bunyi tayar berkokok sewaktu mula memecut dan bunyi tayar memprotes sewaktu pemandu mengambil selekoh dengan laju dan mencapai cengkaman maksima adalah lebih seronok untuk didengar daripada bunyi muzik daripada sistem audio

Google ads
Back to top button