Buletin

ROLLS ROYCE HENTIKAN PRODUKSI PHANTOM

Rolls-Royce mengumumkan 2016 akan menjadi tahun terakhir bagi pengeluaran model Phantom.

rolls-royce-phantom-dihentikan-mekanika (3)

Ini adalah susulan pengumuman permulaan binaan aluminium baharu Rolls Royce yang menzahirkan masa depan produk dari Britain itu bermula 2018. Pengeluar kenderaan mewah itu juga mengesahkan model Phantom Coupe dan Drophead Coupe tidak akan diteruskan.

Justeru, bagi memperingati pengakhiran model berkenaan, Rolls Royce  akan menghasilkan 50 Phantom Zenith edisi khas.

rolls-royce-phantom-dihentikan-mekanika (1)

Bagi pengumpul koleksi model terhad dan memiliki wang tentunya tidak akan melepaskan peluang ini. Sebabnya, nilai jentera itu pasti akan meningkat seiring masa.

Jentera mewah ini akan menjadi Phantom Coupe dan Drophead Coupe terakhir dalam sejarah Rolls-Royce Motor Cars.

Rolls-Royce Phantom diperkenalkan 13 tahun lalu. Generasi ketujuh dalam rangkaian Phantom telah mencipta kejayaan kepada Rolls Royce pada abad ke-21.

Dalam kenyataannya, tiada tarikh khusus bilakah pengeluaran Phantom akan dihentikan. Bagaimanapun, pemasangan  Phantom Coupe dan Drophead Coupe di Goodwood akan selesai November ini. Ini mungkin kerana jumlah tempahan yang diterima oleh Goodwill sejak tahun lalu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button