Buletin

RON95 DAN RON97 NAIK 1 SEN. DIESEL PULA NAIK 6 SEN MULAI TENGAH MALAM INI

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik satu sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 naik daripada RM1.91 seliter kepada RM1.92 seliter. Harga RON95, harga naik daripada RM1.61 seliter kepada RM1.62 seliter.

Harga runcit diesel pula naik sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.74 seliter.

“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit produk petroleum ini bagi tempoh 14 November sehingga 20 November 2020,” katanya.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google ads
Back to top button