Buletin

ISUZU D-MAX 1.9L BLUEPOWER PIKAP IDAMAN USAHAWAN IKS, KELUARGA. REKAAN RUGGED, BERGAYA, JIMAT BAHAN API

Penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Tidak terkecuali terkesan dengan pandemik ini merupakan pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang perlu mencari medium alternatif dalam memastikan perniagaan mereka terus relevan agar tidak gulung tikar.

Menyedari pergerakan para pelanggan terbatas terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), para pengusaha IKS mula menggunakan perkhidmatan penghantaran.

Bahkan, terdapat para peniaga mengambil pendekatan menghantar sendiri produk dengan kenderaan mereka bagi mengurangkan kos perniagaan.

Pikap trak dilihat semakin popular dalam kalangan para usahawan menjadi antara kenderaan pilihan mereka.

Ia berikutan jentera ini memiliki daya ketahanan tinggi dan lasak menampung beban serta mampu digunakan dalam semua permukaan jalan. 

Menampilkan rekaan sporty, Isuzu D-MAX 1.9L Ddi BluePower memberi pilihan terbaik kepada para peniaga IKS. Ia bukan sahaja dapat digunakan untuk perniagaan, malah sebagai kenderaan harian mereka.

Isuzu D-MAX menggunakan khidmat enjin RZ4E, enjin 1.9L empat silinder  DOHC 16V common rail direct injection yang dilengkapi pengecas turbo (VGS). Sekali gus menawarkan penjimatan bahan api kepada pengguna.

Enjin 1.9 AT-P mampu menghamburkan kuasa output maksimum 150PS dan tork 350Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan untuk versi manual dan automatik baharu.

Seorang peniaga keropok lekor, Indera Shah Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Uda memberitahu dia dapat merasai penjimatan penggunaan bahan api apabila melakukan penghantaran menggunakan Isuzu D-MAX.

“Kalau melalui lebuh raya, penggunaan bahan apinya sangat menjimatkan. Dengan satu tangki penuh, trak pikap ini mampu mencapai jarak sejauh 1,000 km termasuk membawa barang-barang di ruang kargo belakang.

“Apa yang lebih menarik, jentera ini dilengkapi ciri Terrain Control. Ia membolehkan pemandu mengawal kenderaan ketika melalui pelbagai permukaan jalan termasuk kawasan kampung, jalan sempit, laluan off-road dan jalan raya biasa. Secara tidak langsung, memudahkan kerja saya,” ujarnya.

Selain itu, Uda menjelaskan Isuzu D-MAX yang didatangkan dengan enjin 1.9 liter itu merupakan antara kategori trak pikap paling murah dari segi kos cukai jalan dan penyelenggaraan.

Susun atur dalamannya cukup ringkas dan sporty. Manakala tempat duduk yang dibalut kulit dan fabrik lembut memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

“Isuzu D-MAX sangat sesuai digunakan untuk tujuan kerja dan kenderaan keluarga. Saya juga mendapati pintu kargo belakang sangat ringan, seterusnya memudahkan urusan mengangkut barang-barang,” jelasnya.

Dari aspek keselamatan pula, jentera ini dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS), Electronic Brake force Distribution (EBD), Brake Assist (BA),  Traction Control System (TCS), Hill Start Assist (HSA), Hill Descent Control (HDC), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan kamera mengundur. 

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Isuzu D-MAX, sila layari laman web https://isuzu.net.my/pickup/.

Google ads
Back to top button