Buletin

ROSSI AKUI GANDINGAN MARQUEZ DAN HONDA ADALAH YANG TERBAIK DI MOTOGP

Pelumba paling senior dalam kancah MotoGP, Valentino Rossi membuat kenyataan terbuka bahawa buat masa ini, gandingan Marq Marquez dan jentera Honda RC213V adalah yang paling sempurna.

Meskipun gagal di podium, Rossi yang bekerja keras sepanjang musim ini mula mendapat perhatian kembali pihak media dengan prestasinya yang nampak meningkat semula.

Beliau banyak mendapat peningkatan posisi. Bermula di petak 13 dan menamatkan di posisi ke 4 baru-baru ini. Ia bukan sahaja sekali, malah pusingan pembukaan di Qatar beliau bermula di petak ke 14 dan menghabiskan perlumbaan di petak ke 4.

Selepas pusingan Jerez, beliau hanya mengutip mata kurang 9 dari Marquez dan juga tak banyak berbeza prestasinya berbanding Marquez, Rins dan Dovioso. Apa pendapat Rossi tentang kedudukan sekarang?

Menerusi temuramah bersama GPOne Rossi memberitahu;

“Benar, saya lebih konsisten musim ini, Tapi pendahulu mata masih lagi Marquez. Kalau dia tak jatuh di Austin, pasti kutipan matanya lebih jauh di depan. Dovi dan Rins juga lebih pantas. Saya percaya, kami juga boleh berjuang untuk podium dan menang. Tapi perlu dekat dengan pelumba yang rankingnya bagus. Tentu sahaja, Marc dan Honda adalah kombinasi yang sempurna. Mereka adalah gandingan terbaik di MotoGP buat masa ini. Kami perlu lakukan lebih baik.”

Rossi juga mengakui bahawa Honda RC213V adalah yang terbaik

“Saya tak boleh beri komen mengenai Marc. Tak boleh kata dia menang sebab motor sahaja sebab saya belum pernah tengok pelumba Honda menghadapi masalah.

“Cal Crutchlow berjaya podium di Qatar dan dia mungkin mengulanginya di Argentina dan Texas kalau bukan kerana penalti dan kemalangan. Pendapat saya, Honda adalah mesin yang bagus dan Marquez pelumba yang berjaya mengolah jentera tersebut.”

Rossi juga memberitahu walaupun di masa hadapan, di trek yang “mesra” Yamaha pun, tak mustahil Honda dan Marc Marquez akan lebih pantas di litar tersebut.

Google ads
Back to top button