Buletin

“ROSSI TAK DAPAT TERIMA HAKIKAT ERANYA SUDAH BERAKHIR” – BOSS HONDA

Pengurus pasukan MotoGP Honda, Alberto Puig mendakwa penunggang Yamaha, Valentino Rossi “mengalami kesulitan menerima kenyataan” bahawa beliau tidak lagi menjadi penanda aras kelas utama.

Rossi telah membuktikan kecemerlangannya dalam kelas MotoGP sebagai legenda dengan memenangi tujuh gelaran MotoGP, tetapi tidak dapat menambah kejuaraannya sejak 2009.

BACA: ENJIN M1 2019 BELUM CUKUP BAIK – ROSSI

Pada tahun 2015, Rossi hanya kekurangan lima mata untuk merebut kejuaraan dunia kali kelapan. Namun zaman itu adalah permulaan karier emas penunggang Honda Marc Marquez. Tahun ini Marc memperolehi gelaran juara  MotoGP kelima dari enam percubaan.

Hubungan antara kedua-dua pelumba itu tetap tegang, dan Puig – yang memegang peranan sebagai pengurus pasukan di Repsol Honda pada awal tahun ini – mencadangkan Rossi adalah penyebab keretakan hubungan tersebut

“Valentino telah menjadi pelumba hebat,” kata Puig kepada media La Vanguardia, Sepanyol. “Dia mendapat semua rasa hormat saya.

BACA: ROSSI PERJELAS AKSI TUNJAL KEPALA DI SIC

“Pada usia [39], dia masih mempunyai keinginan, bakat untuk bergerak pantas namun dia tidak menerima kekalahan.

“Beliau  mengalami kesulitan menerima bahawa masanya sudah berakhir. Kadang-kadang kaedah yang dia gunakan tidak betul.

“Tidak sekali-kali saya melihat Marquez secara tidak langsung, melakukan apa-apa yang berniat jahat terhadap Rossi. Lazimnya berlaku alah insiden biasa dalam perlumbaan.

“Saya menghormati Rossi, tetapi dalam kehidupan, kita ada segalanya. Dan suka atau tidak, Marc adalah nombor satu [sekarang]. ”

Rossi sangat kritikal terhadap Marquez awal tahun ini selepas perlanggaran dengan pelumba Sepanyol itu di perlumbaan Argentina MotoGP.

Marquez cuba memohon maaf kepada Rossi selepas perlumbaan itu tetapi tetapi dihalang oleh Uccio Salucci – Rossi kemudian menolak tawaran Marquez jabat tangan semasa sidang akhbar di Misano.

“Marquez tidak peduli tentang pendapat yang dihasilkan daripada persekitaran Rossi,” kata Puig.

“Sebaliknya, kita telah merasakan kelemahan dalam tindakan mereka.”

Puig, yang memainkan peranan penting dalam membawa masuk Jorge Lorenzo ke pasukan Honda pada 2019, menggambarkan Marquez yang berusia 25 tahun sebagai “cukup dekat” untuk menjadi pelumba yang sempurna.

“Marc tidak bertindak seperti seorang superstar, dia tidak berpura-pura menjadi seseorang yang bukan dia,” kata Puig.

“Dia mempunyai rasa rendah diri dan rasa ingin tahu untuk mendengar, belajar dan menghormati. Apabila dia mendapat motosikal, dia adalah seorang pembunuh sebenar. Dia mesin yang diprogramkan untuk pergi pada kelajuan penuh.

Tags
Google ads
Back to top button