KENAPA BLADE BATTERY BYD TIDAK TERBAKAR & LULUS UJIAN THERMAL RUNAWAY TEST?
Jika anda mengikuti perkembangan teknologi bateri bagi kereta elektrik, salah satu teknologi yang menarik perhatian ialah Blade Battery yang diperkenalkan oleh BYD. Bateri ini adalah bateri Lithium Iron Phosphate (LiFePO4) atau singkatannya LFP dihasilkan oleh FinDreams Battery iaitu subsidiary di bawah BYD.
Dari segi struktur, Blade Battery dihasilkan dalam rekaan panjang 96cm, lebar 9cm dan juga memiliki ketebalan 10mm. Sekali imbas rekaan ini adalah seperti pedang, menjadikan bateri ini digelar Blade Battery. Bergantung pada aplikasi, ada juga Blade Battery dihasilkan dalam panjang 48cm
Satu Blade Battery direka supaya dapat menampung sekitar 646.4Wh tenaga elektrik dalam satu pengecasan penuh. Dalam ujian penembusan paku (disebut juga Thermal Runaway Test), iaitu ujian paling susah ntuk dilepasi oleh pembuat bateri, Blade Battery tidak menghasilkan asap atau terbakar selepas bekasnya ditembusi dengan paku
Suhu bateri ini kekal antara 30 to 60 °C dan ia merupakan satu-satunya bateri yang melepasi ujian ini dengan baik. Berikut ialah kelebihan rekaan Blade Battery berbanding dengan bateri yang dihasilkan oleh pengeluar lain:
1. Struktur kristal yang digunakan untuk membina katod pada bateri ini hanya akan terurai pada suhu 270°C berbanding dengan bateri Nickel Manganese Cobalt pada 210°C. Ketika ia terurai bateri LFP hanya membebaskan 200J/gram tenaga haba berbanding dengan bateri NCM yang menjana 600J/g tenaga haba.
2. Apabila bateri ditembusi, ia akan memulakan proses yang dipanggil Thermal Runaway dimana bateri ini akan terurai, terbakar, menghasilkan tenaga haba dan membakar bateri yang berada di sekelilingnya. Ia merupakan ancaman biasa pada bateri yang dihasilkan dengan menggunakan ion lithium.
Berbanding dengan bateri biasa (perismatic battery), Blade Battery direka seperti pedang memiliki luas permukaan yang besar berbanding dengan isipadu, ia direka seperti sirip penyejukan dan berupaya menyejuk dengan pantas tanpa menghasilkan api.
Blade Battery adalah 75% lebih nipis berbanding dengan bateri NCM biasa. Semakin nipis bateri dengan permukaan yang besar membantu proses penyejukan berlaku dengan lebih baik
3. Bateri yang nipis juga apabila ditembusi dengan paku akan menyebabkan litar pintas, paku tadi akan menyebabkan pengaliran arus elektrik berlaku dan menghasilkan haba. Sekiranya bateri ini tebal, lebih banyak litar pintas akan berlaku disebabkan susunan lapisan bateri. Blade Battery hanya direka dengan satu lapis katod dan anod sahaja, menghadkan penghasilan tenaga haba ketika litar pintas berlaku
4. Ketebalan bekas keluli Blade Battery adalah antara 12-13.5mm, ia dihasilkan tebal sedikit berbanding pesaingnya kerana Blade Battery akan bertindak sebagai crossmember bagi e-Platform 3.0 dan membantu menyumbangkan kepada ketegaran cesi.
Keluli memerlukan suhu antara 1425-1540°C untuk mulai mencair. Bekas keluli yang tebal ini juga bertindak sebagai penebat hab yang menghalang sel bateri daripada terbakar
Anda boleh menonton video perbandingan antara bateri NCM yang digunakan pada kebanyakan model Tesla dengan juga bateri LFP Blade Battery yang digunakan oleh BYD. Awas, video ini panjang dan anda mungkin boleh tertidur