Motosikal

SAINGAN PIALA BAKAT ASIA SHELL ADVANCE 2015

Lima penunggang muda Malaysia berusia 15 hingga 18 tahun merupakan antara 22 penunggang dari seluruh Asia dan Australia yang akan bertanding untuk merebut kejuaraan dalam Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) musim 2015.

SAATC-2015-mekanika (3)

Empat penunggang yang bertanding dalam musim pertama pada tahun lalu, Adam Norrodin, 16 tahun; Fakhrusy Syakirin Rostam, 18 tahun; Helmi Azman, 15 tahun dan Shafiq Rasol, 18 tahun akan disertai oleh penunggang baru, Azroy Anuar, 15 tahun.

“Saya teruja untuk kembali mewakili Malaysia dalam Piala Bakat Asia Shell Advance tahun ini. Saya banyak belajar daripada perlumbaan yang lepas dan tidak sabar untuk menggunakan pelajaran yang saya kumpulkan di litar nanti.

MAL_Adam Norrodin_LR_PP

“Saya berharap dapat membaiki prestasi saya dalam bidang lumba motosikal. Saya berterima kasih kerana diberi peluang ini sekali lagi,” kata Adam.

SAATC mengasah bakat terbaik dalam perlumbaan motosikal. Ia sebahagiannya dipelopori pencungkil bakat terkenal, Alberto Puig, bekas pelumba Sepanyol yang bertanggungjawab melahirkan pelumba berbakat seperti Casey Stoner dan Dani Pedrosa.

Malaysian rider leading a Japanese rider into a corner

Puig yang juga ketua MotoGP™ Academy bertanggungjawab memilih penunggang musim 2015 yang akan bersaing dalam enam pusingan di Thailand (22 Mac), Qatar (29 Mac), Malaysia (2 Ogos), China (20 September), Jepun (11 Oktober) dan Malaysia (25 Oktober).

Tahun ini, Jepun bakal diwakili oleh tujuh penunggang. Indonesia dan Thailand masing-masing diwakili oleh tiga penunggang. Sementara China mempunyai dua orang penunggang. Australia dan Filipina masing-masing diwakili oleh seorang penunggang.  

Honda NSF250R

Semua penunggang akan menunggang motosikal Honda NSF250R Moto3™ yang menggunakan bahan api untuk perlumbaan Shell V-Power serta minyak pelincir sintetik penuh Shell Advance Ultra baharu dengan Teknologi PurePlus.

“Shell Advance berbangga untuk menyokong tahun kedua kejuaraan ini. Bagi ramai bakat baru di seluruh Asia, SAATC adalah peluang sekali seumur hidup untuk berlatih dan berlumba di tahap sangat kompetitif dan profesional di bawah bimbingan pakar.

SAATC riders in action in Aragon, Spain

“Kami komited untuk membantu mereka mengorak langkah dan mencapai kemenangan dalam setiap perlumbaan. Di samping menyerlahkan lagi potensi mereka,” kata Pengurus Besar Kelompok Pelincir Shell – Asia Tenggara, Troy Chapman.

Dalam tempoh satu tahun sahaja, SAATC sudah menunjukkan keputusan yang membanggakan. Empat orang penunggang musim 2014 kini berpeluang untuk memperlihatkan bakat mereka di pentas antarabangsa berikutan pencapaian yang hebat. 

One of the SAATC riders in action during the test in Aragon, Spain

Juara SAATC 2014 Kaito Toba dan naib juara, Yuta Date dari Jepun dan Adam Norrodin dari Malaysia telah dipilih untuk bertanding di bawah Pasukan Piala Bakat Asia yang baru ditubuhkan dengan tajaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam Kejohanan Junior Sedunia Moto3™. Toba dan rakan senegaranya, Ayumu Sasaki, akan juga menyertai Red Bull MotoGP Rookies Cup 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button