
Buletin
SAINTIS NAK UBAH TESLA CYBERTRUCK JADI CATAMARAN. BOLEH TERAPUNG ATAS AIR
Sekumpulan jurutera mencipta kit aksesori yang boleh menukar Tesla Cybertruck, menjadi sebuah catamaran.
Aksesori dinamakan Cybercat itu merupakan buah fikiran dan rekaan seorang saintis bahan dari Amerika Syarikat, Anthony Diamond.

Dengan menggunakan Cybercat, kenderaan tersebut boleh bergerak di atas permukaan air pada kelajuan 40 kilometer (km) sejam dengan jarak sehingga 185 km.
“Kami percaya bahawa dengan lebih 1.3 juta tempahan yang diterima untuk Cybertruck, potensi pasaran bagi Cybercat adalah amat besar,” kata Diamond.

Cybercat dijangka dijual di pasaran pada harga sekitar AS$22,900-AS$32,900 (RM95,850-RM137,688).
Tesla bagaimanapun tidak memberikan sebarang jangkaan bagi tarikh Cybercat akan mula dijual. – KOSMO!/carscoops/dailymail
- BACA: TESLA CYBERTRUCK AKAN HADIR DALAM DUA SAIZ – LAPORAN
- BACA: CAMPER TESLA CYBERTRUCK, CYBERLANDR TERIMA PRA-TEMPAHAN RM339 JUTA. BOLEH DILIPAT, ADA SISTEM SOLAR
- BACA: TESLA SUDAH TERIMA LEBIH 1.25 JUTA PRA-TEMPAHAN CYBERTRUCK!
- BACA: TESLA DAN SAMSUNG TANDATANGANI PERJANJIAN BERNILAI RM1.8 BILION. BEKALKAN KAMERA UNTUK CYBERTRUCK







