Buletin

TESLA CYBERTRUCK AKAN HADIR DALAM DUA SAIZ – LAPORAN

Tesla dilaporkan akan memperkenalkan secara rasmi Cybertruck pada bulan Mac ini dan difahamkan trak pikap elektrik itu akan hadir dalam dua versi saiz.

Hal ini disahkan oleh Trip Chowdhry, pakar analisis dari Global Equities Research yang mendakwa trak pikap Cybertruck yang kecil itu dikatakan 15-20 peratus lebih kecil dimensinya berbanding saiz standard – berkemungkinan sama saiz dengan Ford Ranger EV.

Kedua-dua versi trak pikap itu dijangka akan dibina oleh syarikat yang sama, iaitu Steel Dynamics yang terletak kira-kira 160 km dari kilang Giga Tesla Texas.

Meskipun ramai yang ternanti-nantikan kehadiran trak pikap bersegi itu, harus diingat bahawa Tesla Cybertruck tidak akan mula dipasang sehingga penghujung tahun ini dan hanya akan mula dijual pada awal tahun 2023.

Penangguhan demi penangguhan dibuat bagi membolehkan pihak Tesla memberikan perubahan dari segi rekaan, apatah lagi dalam pasaran trak pikap elektrik pengeluar seperti Ford dan General Motors sudah mula menunjukkan taring masing-masing.

Sumber: Teslarati

Google ads
Back to top button