Buletin

SALURAN PENGELUARAN CAMRY HYBRID MULAKAN OPERASI

UMW Toyota Motor baru-baru ini memperkenalkan kereta hibrid pemasangan tempatan (CKD) pertamanya iaitu Toyota Camry Hybrid.

Toyota-Camry-Hybrid-CKD-line-mekanika (3)

Untuk melaksanakan untuk projek CKD Toyota Camry yang merangkumi varian hibrid dan Toyota Camry 2.0 liter baharu di Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Shah Alam, UMW Toyota Motor telah melabur hampir RM180 juta sejak tahun 2010 hingga 2015.

Majlis perasmian pengeluaran Toyota Camry Hybrid CKD dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir ialah Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa; Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin; Timbalan Pengerusi, Akio Takeyama; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Syed Hisham Syed Wazir; Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki serta Naib Presiden Kanan, Toyota Motor Asia Pacifik, Hao Quoc Tien.   

Toyota-Camry-Hybrid-CKD-line-mekanika (2)

Menurut Asmat, pihaknya tidak berkompromi dengan standard kualiti, selain memastikan kos yang berdaya saing dan memastikan tempoh penyerahan kereta kepada pelanggan adalah singkat.

Sehingga kini, UMW Toyota Motor telah menjual lebih daripada 116,000 unit Toyota Camry sejak pertama kali ia diperkenalkan pada 1994. Meandangkan pasaran yang kian sengit,  penambahbaikan serta peningkatan menarik model-model Toyota telah dirancang dan sedia untuk dikeluarkan mulai pada tahun ini. 

ASSB memiliki kapasiti untuk mengeluarkan lebih kurang 7,000 unit Camry Hybrid CKD dalam tempoh sembilan bulan akan datang menerusi saluran pengilangan baharu di kilangnya di Shah Alam.

Kilang tersebut turut mampu memenuhi sasaran jualan UMW Toyota Motor yang mencecah 100,000 unit untuk tahun ini. Toyota Camry baharu boleh didapati dalam tiga varian iaitu Camry 2.5 Hibrid, Camry 2.0G dan Camry 2.0E.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button