Buletin

KONVOI LANDY DE LANGKAWI GEOPARK

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. (Jaguar Land Rover Malaysia) baru-baru ini menganjurkan majlis pelepasan untuk konvoi 16 Land Rover Defender yang menyertai acara Landy De Langkawi Geopark 2015 dari 15 hingga 19 Mac 2015.

Landy-De-Langkawi-Geopark-2015-mekanika (9)

Lebih 70 peserta yang terdiri daripada Friends of Langkawi Geopark (FLAG) bersama keluarga masing-masing diraikan dengan jamuan di bilik pameran dwijenama SISMA Auto yang baru siap di Glenmarie sebelum dilepaskan oleh pengerusi syarikat, Syed Hussain Syed Mohamed.

Menurut ketua konvoi kawasan Selatan dan Tengah, Ayub Yasir, Landy De Langkawi 2015 dianjurkan untuk mempromosikan Geopark Langkawi sebagai destinasi utama menerusi konsep ekopelancongan.

Landy-De-Langkawi-Geopark-2015-mekanika (1)

Konvoi dari Petaling Jaya itu kemudian bertemu dengan konvoi lebih 30 kenderaan 4WD lain dari kawasan Utara di Kuala Perlis sebelum menyeberang ke Langkawi.

“Kami mahu tukar persepsi yang menyifatkan pengembaraan off-road boleh merosakkan alam sekitar.  Kami percaya bahawa pengembaraan secara bertanggungjawab ke kawasan semula jadi boleh membantu memulihara alam sekitar dan menambah baik kesejahteraan masyarakat tempatan.  Ramai peminat Land Rover berpegang pada prinsip ini,” katanya.

Landy-De-Langkawi-Geopark-2015-mekanika (6)

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali memberitahu  syarikatnya gembira kerana dapat menyokong acara ini. Sekali gus memberi peluang untuk berhubung semula dengan ramai peminat setia Land Rover di negara ini.

“Jenama Land Rover terus mendapat sokongan disebabkan warisannya yang unik.  DNA Defender, yang sinonim dengan keupayaan luar jalan yang tiada tandingan, boleh didapati dalam setiap model Land Rover dan Range Rover hingga ke hari ini,” katanya.

Landy-De-Langkawi-Geopark-2015-mekanika (2)

Deretan Land Rover Defender di luar bilik pameran nyata memukau pandangan.  Paling menarik ialah kenderaan ringan Land Rover Siri 3 88 inci tahun 1979 berwarna kuning terang milik seorang lelaki Inggeris, Howard Randall, 56 tahun.

Landy-De-Langkawi-Geopark-2015-mekanika (8)

Dibina untuk dimuatkan ke dalam pesawat pengangkut dan diturunkan dengan payung terjun ke dalam medan peperangan, Series 3 yang ringan ini sering dipaparkan dalam kempen tentera Britain. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button