Buletin

SAV PREMIUM BMW X1 sDrive20i M SPORT. RM233,800 SEUNIT

BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan model BMW X1 sDrive20i M Sport ke pasaran tempatan. SAV itu menerima beberapa bentuk penambahbaikan yang ketara pada bahagian dalaman dan luarannya. 

Penampilan jentera itu diserlahkan dengan gril ‘kidney’ yang disatukan pada bahagian tengah. Bampar hadapan juga menerima sepasang lampu kabus LED serta corong kemasukan udara yang lebih besar untuk gaya dinamik. 

Komponen tiub di dalam lampu utama LED berbentuk heksagon membuatkan rupa BMW X1 sDrive20i M Sport kelihatan lebih moden.

Lights Package merangkumi Welcome Light Carpet. Apabila pintu dibuka, lampu LED di cermin luar yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu akan memancarkan karakter “X1” ke atas lantai dalam dua tona warna.

Lampu belakang pula menampilkan reka bentuk baharu menerusi bar LED tunggal yang kelihatan seperti huruf L.

Jarak kelegaan tanah diturunkan sebanyak 10mm (kini 1,588 mm) menggunakan suspensi M Sport. Kemasan BMW Individual High-gloss Shadow Line dan Pakej Aerodinamik M membuatkan SAV itu lebih efisien serta lasak. 

 Ia turut diserlahkan melalui paip ekzos berkembar yang kini bersaiz lebih besar, 90mm. SAV itu juga menggunakan rim aloi ringan M 18 inci 570 M dua tona. 

BMW X1 sDrive20i M Sport dijana oleh empat silinder 2.0 liter berkuasa 192hp dan tork 280Nm yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar Steptronic Sport 7-kelajuan.

Gabungan itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.66 saat dan kelajuan maksimum 224 km/j. 

Mazda CX30

Biarpun begitu, ia masih mampu menawarkan tahap penggunaan bahan api sekitar  6.5 liter bagi setiap 100km.  

Kokpit  BMW X1 sDrive20i M Sport nampak mewah dengan kemasan warna aluminium. Papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh sistem infohibur dan navigasi bersaiz 8.8 inci.

Skrin itu membolehkan pemandu mengawal sistem audio dan navigasi menerusi kawalan suara serta iDrive Controller pada konsol tengah. 

Pemanduan pasti lebih mengujakan dengan stereng M dibalut kulit yang didatangkan sebagai ciri standard. Selain daripada tempat duduk yang selesa untuk semua penumpang, jentera itu juga menawarkan ruang kargo seluas 1,550 liter.

BMW X1 sDrive20i M Sport hadir dalam empat pilihan warna iaitu biru, hitam, putih dan kelabu. Ia boleh anda miliki pada harga RM233,800 seunit. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button