Buletin

SDAC BUKA PUSAT 3S DI JURU AUTO CITY

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan sebuah pusat 3S di Juru Auto City Prai, Pulau Pinang.  

Ford-3S-Juru-mekanika (2)

Ford kini mempunyai 48 pengedar di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan jualan dan servis. Ford mensasarkan untuk memiliki 50 pengedar menjelang akhir tahun ini.

Dioperasikan oleh SDAC, pusat 3S baharu ini dilengkapi identiti korporat standard Ford yang merangkumi sebuah bilik pameran, pusat servis dan bahagian alat ganti.

Kemudahan ini mempunyai sebuah bilik pameran yang boleh mempamerkan sehingga lima buah kereta dan dibuka tujuh hari seminggu. Turut disediakan ialah sebuah lounge yang selesa dan mesra pengguna, dilengkapi Wi-Fi percuma, TV serta banyak lagi.

Ford-3S-Juru-mekanika (3)

Pusat servis yang terletak bersebelahan dan dibuka enam hari seminggu pula memiliki empat ruang servis. Ia dilengkapi peralatan diagnostik tercanggih Ford dan dikendalikan oleh pasukan juruteknik terlatih Ford.

“Pembukaan kemudahan baharu ini sememangnya mengukuhkan komitmen yang dikongsi bersama oleh SDAC dan Ford untuk meningkatkan aspek khidmat pelanggan di Malaysia, ketika kami terus mengembangkan bilik-bilik pameran kami dengan rangkaian produk yang berteknologi tinggi, cekap bahan api dan bernilai untuk wang,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Malaysia, Ford Motor Company, Veemala Rethinasamy.

Ford-3S-Juru-mekanika (1)

Sementara itu, Pusat 3S Ford yang dioperasikan oleh Airmas Auto Sdn Bhd dan terletak di 180, Jalan Jelutong di Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam siri jelajah Ford ‘Fiesta 1.0L Urban Playground’ bagi menyokong ketibaan Ford Fiesta 1.0L EcoBoost yang dilancarkan baru-baru ini.

Pada 7-8 Jun, mereka yang mengunjungi Airmas Auto boleh memandu uji Fiesta 1.0L EcoBoost baharu.  Ini merupakan pusingan terakhir acara Urban Playground di wilayah utara dan ia sememangnya tidak wajar dilepaskan.

Maklumat lanjut mengenai Ford di Malaysia, sila layari laman web: www.ford.net.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button