Buletin

SDAC-FORD BERI SERVIS 2 TAHUN PERCUMA UNTUK RANGER WILDTRAK, XLT PLUS

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia kini menawarkan pakej servis percuma dua tahun kepada pelanggan baharu varian Ranger Wildtrak dan XLT Plus buatan tahun 2021, sementara stok masih ada.

SDAC-Ford juga baru-baru ini meningkatkan perkhidmatan pelanggannya dengan memperkenalkan Pakar Ford Ranger (Ford Ranger Specialist) yang menyediakan khidmat jualan yang lebih peribadi dan lancar.

Sedia maklum bahawa Ranger Wildtrak menjadi antara model trak pikap yang diminati ramai di Malaysia. Ia dijana oleh enjin 2.0L Bi-Turbo berkuasa 213PS dan tork 500Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10- kelajuan. 

Ranger XLT Plus pula menggunakan enjin 2.0L Single Turbo  berkuasa 180PS dan tork 420Nm. Jentera berkenaan dilengkapi pelbagai ciri seperti kunci pintar, butang push-start dan pintu kargo belakang yang mudah diangkat. Ini membuatkannya amat sesuai untuk tugas dan aktiviti lasak.

Pelanggan yang inginkan perincian dan sistem keselamatan terbaik pada sebuah trak pikap, Ranger WildTrak ialah pilihan yang tepat. Ia didatangkan bersama pelbagai teknologi keselamatan pintar seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, amaran pelanggaran hadapan, amaran keluar laluan, parkir selari separa automatik dan banyak lagi.

Sama seperti model Ranger yang lain, WildTrak dan XLT Plus hadir dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau perbatuan sejauh 160,000km (mana-mana tiba dahulu).

Jika berminat, anda boleh menghantar mesej melalui WhatsApp di talian +6019 204 1200.  Seorang Pakar Ford Ranger akan menghubungi anda dalam masa satu hari bekerja.

Maklumat lanjut, sila WhatsApp Chat Pakar Ford Ranger atau layari www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button