Buletin

SEBAB KENAPA MUSTANG GT500 TAKDE VERSI CONVERTIBLE. GENG MLM MELEPAS…

Ford bukanlah tidak pernah hadir dengan Mustang versi convertible, namun bagi mereka yang mahukan sebuah Mustang GT500 yang lebih berkuasa kuda versi tanpa bumbung, lupakan sahaja.

Ini kerana, dalam satu temubual bersama Ford Authority, wakil daripada Ford mengesahkan mereka tidak akan membawakan model tersebut ke pasaran.

Menurut Dave Pericack, Pengarah Enterprise Product Line Management – Ford Icons berkata, keputusan tersebut berbalik kepada satu perkara, iaitu mengekalkan tahap ketegaran casis untuk model GT500.

Ini kerana, untuk mencipta satu casis convertible yang mampu menyokong trenkuasa GT500 berkuasa 760 hp, Ford terpaksa melakukan proses kejuruteraan yang lebih serius, dan ia sudah pasti akan menelan belanja yang agak besar.

Generasi S197 GT500 sebelum ini pernah muncul dalam versi convertible, namun ia hanya ditawarkan dalam versi output kuasa yang lebih rendah (662 hp sahaja).

Jadi, buat golongan MLM yang mahukan Mustang tanpa bumbung, boleh cuba mencari model-model Mustang GT yang normal, atau Mustang GT500 S197 sekiranya anda bernasib baik. – Ford Authority

Google ads
Back to top button