Buletin

SÉBASTIEN LOEB RACING & VOLKSWAGEN GOLF GTI TCR – BAKAL BERSAING DALAM WTCR

Pasukan yang bukan kecil anak, Sébastien Loeb Racing, sebuah pasukan yang dimiliki bersama oleh pelumba lagenda Sébastien Loeb bakal bersaing dalam perlumbaan yang baru dibentuk FIA World Touring Car Cup (WTCR). Pasukan handalan ini bakal menggunakan jentera Volkswagen Golf GTI TCR.

BACA : POLO GTI R5 BAHARU – SEDIA UNTUK PENGHANTARAN PERTAMA

BACA : VW HASILKAN 150 JUTA KENDERAAN – GOLF SAJA LEBIH DARI 34 JUTA UNIT

Sébastien Loeb Racing sebelum ini telah pun memperolehi dua kejuaraaan dalam saingan World Touring Car Championship (WTCC). Dan bernula 2018, pasukan yang berpangkalan di Alsace bakal menyertai perlumbaan WTCR telah memilih jentera Volkswagen Golf GTI TCR yang mempunyai kuasa sekitar 350hp ini. Jentera ini telah pun memenangi TCR International Series pada 2016 dan 2017.

Dan untuk musim baharu nanti, pasukan ini bakal membariskan pelumba yang bukan calang, Robert Huff mantan juara WTCC 2012. Manakala seorang lagi pelumba adalah pelumba dari Maghribi, Mehdi Bennani, pemenang WTCC Throphy 2016 dan telah bersama Sébastien Loeb Racing semenjak 2015 lagi.

Menurut Volkswagen Motorsport Director, Sven Smeets berkata, “Selama beberapa tahun  Sébastien Loeb Racing telah menunjukkan kemampuan sewaktu dalam perlumbaan kereta touring. Saya berbangga apabila satu lagi pasukan dengan dua pemandu handalan telah memilih Golf GTI TCR. Saya mendoakan yang terbaik dan moga Golf GTI TCR mampu mencabar kejuaraan bagi musim 2018”.

Pengasas bersama pasukan, Dominique Heintz turut berkata “Pasukan ini telah menikmati kejayaan dalam WTCC semenjak 2015 lagi. WTCR yang baharu ini adalah pentas yang hebat untuk kami yang mana ianya menggabungkan teknikal yang cukup tinggi disamping liputan media yang lebih meluas.Terima kasih kepada promoter Eurosport Events”.

Manakala bagi Huff selaku bekas juara beliau berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan pasukan ini. Beliau yang cukup mengenali kebanyakan litar, meletakkan sasaran untuk menjuarai musim sulung WTCR ini.

Jentera Golf GTI TCR ini dibina berdasarkan model produksi Golf GTI. Di bawah bonetnya tersemat rapi enjin 2.0 liter turbo yang mana versi untuk perlumbaan ini mampu menjana kuasa sehingga 350hp.

Paras rupanya telah mengalami proses luluhawa, yang mana telah dikembangkan sehingga 15cm pada ruangan fender. Penggunaan rim 18 inci menyerlahkan lagi paras rupa yang sangat garang. Manakala wing yang boleh laras di bahagian belakang ditugaskan untuk memberikan downforce tambahan.

 

Google ads

B K

Back to top button